Selepas tamat musim 2020 , semua pasukan di Liga Malaysia pastinya sibuk untuk menstruktur semula pasukan bagi musim 2021 . Kebanyakan pasukan di Liga Malaysia telah terkesan dengan penularan covid19 dan menyebabkan kerugian setelah beberapa sponsor tidak mampu untuk membayar pada kelab( sponsor turut mengalami kerugian akibat penularan virus corona ) .Hal ini telah menyebabkan beberapa pasukan telah menyemak dan merancang semula bajet kewangan dan kebanyakan kelab telah membuat keputusan dengan tidak menyambung kontrak pemain bintang mereka. Disini team SP senaraikan 5 pemain ternama yang masih tidak mempunyai kelab sampai sekarang.
1. Dominique Da Sylva
Bekas penyerang pasukan Terengganu untuk musim 2020 ini masih belum ditawarkan kontrak mana mana pasukan di Liga Malaysia atau luar negara . Pemain yang berasal dari Mauritania ini telah menjaringkan 9 gol untuk pasukan Terengganu pada musim 2020 . Pemain yang berusia 31 tahun dikaitkan akan tiba ke pasukan Perak FC selepas pasukan the Bos Gaurus itu telah kehilangan penyerang profilik mereka , Shahrel Fikri.Andai tiada sebarang tawaran , kita pasti tidak dapat lihat aksi pemusnah yang dikatakan seakan lagenda pasukan Kedah , Marlon Alex James .
2. Sanjar Shaakmedov
Seorang lagi pemain import Terengganu yang dilepaskan masih tiada kelab membuat tawaran untuk dirinya. Pemain yang menjadi tonggak pasukan Terengganu selama 2 musim ini pastinya dirindui oleh peminat bola sepak Terengganu kerana aksi beliau terutama kelebihan menjaringkan gol dari jarak jauh. Untuk rekod , beliau telah menjaringkan 16 gol dalam 37 penampilan. Beliau juga sebelum ini dikaitkan dengan pasukan dari luar negara , namun masih tiada khabar sebarang berita perpindahan untuk pemain berbakat ini.
3. Romel Morales
Calon pemain naturalisasi negara ini telah dilepaskan oleh pasukan lama beliau , Melaka United.Pemain import yang baru berumur 23 tahun ini telah bermain di Liga Malaysia selama 3 musim, PKNS selama 2 musim , Melaka United semusim.Untuk rekod , beliau telah menjaringkan 13 gol dalam 53 penampilan.Pemain yang mempunyai ketinggian 6 kaki 2 inci ini mempunyai harapan cerah jika dinaturalisasikan kerana usia yang muda dan mempunyai keupayaan sebagai tonggak pasukan.Khabar angin terbaru , dikatakan pasukan KL United dikaitkan dengan pemain ini.
4.Mohamadou Sumareh
Pemain naturalisasi kedua Malaysia ini sebelum ini telah beraksi untuk pasukan Police Tero yang berpengkalan di Thailand.Menurut media masa Thailand , pasukan Police Tero telah mengambil keputusan untuk tidak menawar sebarang kontrak lanjutan dan dikatakan terdapat beberapa pasukan telah menghubungi pemain ini untuk bermain di Liga Super untuk musim 2021 . Antara kelab yang dikaitkan oleh pemain ini ialah Johor Darul Ta'zim , Kedah Darul Aman FC dan beberapa kelab dari lembah klang.
5.Sandro da Silva
Penyerang veteran ini dikatakan tidak disambung kontrak Selangor.Terdapat juga menyatakan beliau akan bermain untuk skuad pembangunan Selangor , iaitu bermain untuk Selangor musim 2 namun masih tiada sebarang pengumuman dibuat. Selain itu , bekas penyerang Kedah ini juga dikaitkan akan bergabung dengan bekas jurulatih Selangor , B Sathianathan di Kuching United yang akan beraksi di Liga Premier untuk musim 2021.Untuk rekod , pemain berumur 37 tahun ini telah beraksi di liga Malaysia sebanyak 6 musim dan menyumbangkan lebih 40 gol.






Comments
Post a Comment