Azmeer bersara dari bermain bola sepak !!

 



Azmeer bersara dari bermain bola sepak !!

Pada 25 Disember 2020 , bekas pemain Kedah FA , Azmeer Yusof telah membuat pengumuman tergempar yang menyatakan beliau telah bersara dari bermain bola sepak Professional. Beliau telah membuat pengumaman secara siaran langsung di laman facebook beliau di Azmeer Yusof 25.


Beliau juga ada memohon maaf kepada semua penyokong yang mengharapkan beliau kembali bermain namun beliau menyatakan ingin terus fokus menerajui Pusat Pengajian Azmeer Yusof yang dibangunkan pada awal tahun lepas. Selain itu , beliau turut memohon maaf kepada pemain bola sepak diluar sana yang mungkin tidak suka dan benci dengan beliau.Dalam pengumuman itu juga , beliau ada menasihati semua pemain bola sepak terutama bola sepak yang beragama Islam untuk tidak meninggalkan solat dan pakai pakaian menutup aurat ketika bermain . 



Pada siaran langsung tersebut , hampir 200 penyokong hijau kuning dan pastinya kebanyakkannya adalah peminat Azmeer Yusof menonton secara langsung pengumuman tersebut. Azmeer kelihatan tenang walaupun nampak agak sayu ketika menyampaikan pengumaman tersebut .

Untuk rekod , beliau mula bermain di karier bola sepak professional bersama pasukan Kuala Lumpur pada tahun 2008 sebelum berhijrah ke pasukan Proton FC.Beliau juga pernah beraksi seabnyak 2 kali untuk pasukan Kedah , iaitu pada musim 2016 sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur selama dua musim , 2017 dan 2018.Pada musim 2019 beliau kembali menyertai pasukan hijau kuning . 



Azmeer meninggalkan pasukan Kedah pada awal musim 2020 ketika Liga Malaysia berhenti akibat penularan COvid 19 yang melanda negara. Beliau sempat bermain untuk pasukan Kedah sebanyak 3 perlawanan sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak beliau .

Beliau yang mula dikenali sebagai seorang pemain yang begitu rendah diri dan boleh dikatakan alim dengan penampilannya.Beliau juga turut disenangi oleh penyokong Kedah dan disambut baik apabila dikhabarkan kembali menyertai semua Kedah pada tahun 2019 . 



Bagi pasukan SP , kami mengucapkan selamat bersara untuk pemain bernama Azmeer Yusof .Semoga terus berjaya walau apa bidang yang diceburi dan terus membantu pasukan bola sepak mungkin dari akar umbi .


Comments