Edisi Harimau Malaya : Tonggak Hadapan Harimau Malaya ( CF )
Antara posisi yang menjadi rebutan di kalangan pemain dan menjadi buah mulut di kalangan penyokong Harimau Malaya pastinya. Jika melihat kegemaran jurulatih negara , Tan Cheng Hoe ( TCH ) , beliau lebih gemar menggunakan posisi 4~3~3 dimana menggunakan sayap sebagai menyokong untuk penyerang utama.Pastinya posisi seperti RWF ,LWF dan CF adalah posisi yang perlu ada ramai calon untuk diisi.Untuk kali ini , team SP akan mengupas dengan lebih terperinci mengenai tonggak hadapan pasukan kebangsaan.
Kita bermula dengan CF ( Center Foward ) , posisi dimana pemain tempatan paling kurang beraksi di Liga Malaysia . Hal ini kerana kebanyakkan kelab di Liga Malaysia lebih gemar menggunakan pemain import untuk mengisi posisi tersebut. Hanya segelintir pasukan ( kelab bawahan ) yang cuba mengurangkan kos perbelanjaan kelab dengan menggunakan penyerang tempatan dan kebanyakkan pasukan feeder club dan pasukan di liga premier 2020.
Bagi posisi CF , antara nama kerap disebut untuk diisi pastinya penjaring tempatan terbaik musim 2020 , Shahrel Fikri dari pasukan Perak.Beliau telah membuktikan penyerang tempatan mampu memberi saingan kepada penyerang import dalam liga tempatan.Beliau telah menjaringkan 10 gol dalam 12 perlawanan. Pemain yang baru berpindah ke kelab Selangor FC pastinya akan menjadi taruhan utama pasukan Harimau Malaya untuk tahun depan dalam kejohanan antarabangsa setelah menunjukkan persembahan yang memberangsangkan musim 2020.
Selain Shahrel Fikri , nama pemain yang boleh dikatakan menerajui pasukan hadapan pasukan Kebangsaan adalah Syafiq Ahmad , penyerang dari pasukan juara liga super, Johor Darul Ta'zim. Pemain yang mampu beraksi sebagai CF ini juga mampu bermain di posisi sayap.Namun begitu , baru2 ini pemain kelahiran Pulau Pinang ini telah telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan 3 orang ahli keluarga beliau telah meninggal dunia.Mungkin Syafiq Ahmad perlu mengambil sedikit masa untuk pulih dari segi fizikal dan juga mental.
Kalau diikutkan senarai , hanya 2 nama ini sahaja kerap disebut sebagai penyerang utama oleh peminat bola sepak Malaysia.Selain mereka , terdapat beberapa nama yang mungkin dapat menggantikan mereka iaitu 2 orang pemain penyerang yang sekarang sedang berkelana di luar negara , Luqman Hakim dan Hadi Fayyadh.
Luqman Hakim Shamsuddin, nama yang tidak asing lagi bagi peminat bola sepak kebangsaan kerana telah memecah rekod menjadi pemain pertama Malaysia yang bermain di peringkat Eropah . Beliau sekarang mewakili kelab dari Belgium , KV Kortrijk . Beliau juga telah berjaya membuat penampilan pertama untuk pasukan tersebut dan berjaya membantu membuat jaringan dalam penampilan sulung beliau sebelum beliau dilanda kecederaan.Pemain yang sebelum ini telah mencatat nama sebagai wonderkid Malaysia dan turut tercalon dalam 100 pemain muda terbaik dunia ini pastinya akan diberi peluang bagi menyarung jersi Harimau Malaya dan membantu jentera serangan terutama di bahagian penyerang utama.
Selain Luqman Hakim , seorang lagi pemain yang berkelana di luar negara ialah , Hadi Fayyadh Abd Razak.Pemain yang baru berusia 20 tahun ini sebelum ini pernah mewakili pasukan JDT 2 sehingga tahun 2018 sebelum berhijrah ke pasukan di negara matahari terbit , Jepun . Kelab yang sekarang beliau wakili ialah Fagiano Okayama , kelab division 2 di liga Jepun . Beliau masih belum membuat penampilan sulung untuk pasukan tersebut namun untuk pasukan pembangunan kelab itu, beliau antara tonggak utama dan mungkin untuk tahun 2021 beliau mungkin akan dipanggil mewakili pasukan utama.
Dua pemain yang berkelana di luar negara pastinya pengalaman latihan mereka di kelab di luar sana pastinya ditagih bagi sama sama dikongsikan dengan ahli pasukan .Yang paling penting , mereka mampu menjadi antara watak utama dalam pasukan Harimau Malaya dan mengisi kekosongan posisi CF yang boleh dikatakan sukar mencari calon yang sesuai disebabkan lambakan pemain import untuk posisi ini.
Pasukan negara juga boleh memanggil pemain senior untuk membimbing bahagian depan terutamanya.Antara pemain senior yang mampu memberi khidmat terbaik iaitu Norshahrul Idlan Talaha , Safiee Sali dan Zaquan Adha . Kita dapat lihat pemain seperti Mat YO khususnya, pada usia 30an beliau telah menyertai pasukan kelab di Thailand untuk satu musim . Ternyata pemain berpengalaman masih mampu memberi saingan untuk ubi2 muda negara.
Selain dari pemain tempatan , terdapat beberapa nama dalam pemantauan bagi dinilai sebagai pemain naturalisasi dan kebanyakkan pemain itu bakal mengisi kekosongan di bahagian kritika ini . Antara nama paling hangat disebut untuk tahun 2021 adalah penyerang import pasukan Perak FA , Guilherme de Paula.
Harapan kita agak TCH mampu membuat pilihan yang bijak dalam memilih teraju utama untuk pasukan Harimau Malaya untuk tahun hadapan . Untuk posisi RW , nantikan post blog seterusnya.







Comments
Post a Comment