Kenali Pemain Baru JDT , Danial Amier Norhisham


 Kenali Pemain Baru JDT , Danial Amier Norhisham


Baru baru ini JDT telah membuat sidang media dan menampilkan pembelian pertama pemain musim 2021 , Danial Amier Norhisham . Untuk pengetahun pembaca dan penyokong bola tempatan , Danial bukanlah nama asing kerana beliau adalah salah seorang pemain muda yang kerap disebut sebut antara bakal menyinar suatu hari nanti.


Pemain yang lahir pada 27 Mac 1997 ini lebih mencipta nama dipentas antarabangsa berbanding kelab kerana aksi beliau ketika wakili pasukan kebangsaan lebih menyerlah dibanding ketika beliau beraksi bersama Felda United. Beliau telah melakukan 10 penampilan untuk skuad bawah 23 dan membuat 2 kali untuk skuad utama Harimau Malaya.



Danial mulakan karier bola sepak dengan pasukan Frenz United dan menjadikan kapten pasukan sebelum pasukan tersebut dibubarkan akibat masalah kewangan dan beberapa isu lain.Hampir 8 bulan Danial tidak bermain dimana mana Liga Kompetetif sehinggalah dia menghubungi bekas jurulatih beliau untuk mencari kelab baru untuknya.Danial hampir menyertai kelab Dunbar Rovers yang berpengkalan di Australia namun masalah visa telah menghalang beliau untuk bermain disana.


Pada awal musim 2017 , beliau telah menyertai untuk Felda Unitedd dan dimasukkan ke pasukan U21 . Tidak sampai setengah musim , beliau telah diserap ke skuad senior dan membuat penampilan utama ketika bertemu pasukan Pahang yang berkesudahan 1–1 .



Untuk rekod , Danial telah membuat 35 penampilan untuk pasukan Felda United dan menjaringkan 2 gol . Pada musim 2018 , beliau telah menjadi tonggak utama pasukan Felda United dan membantu pasukan Felda United kekal hingga musim 2020 .Pada awal musim 2020, beliau telah dikaitkan perpindahan ke pasukan JDT namun terdapat beberapa isu , perpindahan itu tidak dapat dimeteraikan namun untuk musim 2021 , beliau berjaya tiba ke JDT sebagai pemain .


Danial mampu bermain di posisi AMC dan juga MC dan pastinya di dalam pasukan JDT , saingan sihat diantara beberapa bintang JDT seperti Liridon  , Leandro , Syamer Kutty , Naxto Insa , Afiq Fazail dan Nadzmi Faiz . Dilihat dari senarai itu , bukan mudah untuk pemain muda ini menembus kesebelasan utama namun tidak mustahil baginya jika dilihat dari cara permainan beliau selama ini . Aksi beliau mampu membuat hantaran tepat ke hadapan dan mampu memegang bola dengan lebih lama dalam membaca rancangan menyerang antara kelebihan yang ada pada pemain ini .Pastinya bintang JDT lain turut tercabar dengan kehadiran pemain muda ini.



Diharapkan untuk musim 2021 , bintang muda JDT ini dapat menembus kesebelasan utama pasukan JDT dan mungkin pada permulaan beliau akan beraksi untuk JDT 2 dan menimba ilmu dengan barisan kejurulatihan terbaik yang dimiliki oleh pasukan JDT .Semoga beliau mampu lebih menyinar 2021 dan mampu menjadi tonggak utama juga  untuk pasukan Harimau Malaya untuk kelayakan Piala Dunia / Piala Asia .

Comments