Review Transfer : Muka Baru Pasukan Kedah Darul Aman FC ( pemain tempatan )

 



6 Pemain Baru Kedah Darul Aman FC ( Tempatan )

Semalam dari pasukan media Kedah Darul Aman FC telah mengumumkan sebahagian pasukan mereka untuk Liga Super musim 2021. Dalam pengumuman semalam , terdapat beberapa muka baru untuk pasukan KDA FC dan terdapat juga beberapa muka yang kembali semula ke pasukan utara ini setelah berpindah ke kelab baru .Turut diumumkan adalah beberapa pemain yang kekal bersama pasukan KDA FC untuk musim 2021.

Muka Baru Pasukan KDA FC

1. Syazwan Zainon aka Wan Kapet



Pemain yang memang sinonim dengan penyokong pasukan Kedah ini bagaikan sirih pulang ke gagang.Pemain kelahiran negeri Perlis ini meninggalkan pasukan Kedah pada penghujung musim 2018 dan menyertai pasukan Selangor FA selama dua tahun. Ketika bersama pasukan The Red Gaint , Wan Kapet telah membuat sebanyak 32 kali penampilan dan membantu menjaringkan 4 gol untuk pasukan Selangor.Beliau juga antara nama penting dalam skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe untuk pasukan kebangsaan dan telah membuat sebanyak 18 penampilan untuk skuad kebangsaan dan menjaringkan 2 gol . 


Untuk musim 2021 , pastinya peminat bola sepak pasukan Kedah tidak sabar melihat aksi Syazwan Zainon beraksi untuk pasukan Kedah Darul Aman FC . Kelincahan beliau membawa bola dan larian deras beliau pastinya ditagih bagi membantu pasukan dalam mencabar juara bertahan Liga Super 2021.


2. Ariff Farhan Md Isa aka Kokot



Seorang lagi pemain yang kembali berkhidmat untuk negeri kelahirannya , Ariff Farhan . Beliau juga meninggalkan pasukan Kedah pada musim yang sama dengan Syazwan Zainon pada penghujung musim 2018 . Ariff Farhan telah berkhidmat untuk pasukan Kedah selama 3 musim dari musim 2016 sehingga 2018 sebelum mendapat tawaran ke pasukan PKNS .Pada musim 2020 , beliau telah berhijrah ke Felda United untuk satu musim sebelum pasukan Felda United dibubar . 


Pemain yang baru berusia 24 tahun ini mampu bermain di posisi pertahanan kiri dan kanan dan pastinya sangat diperlukan kerana buat masa sekarang pasukan Kedah tiada backup untuk Rizal Ghazali di posisi pertahanan kanan.


3. Rodney Celvin



Pemain berdarah campuran Malaysia Ghana ini telah menyertai pasukan Kedah Darul Aman FC secara pinjaman semusim dari pasukan Selangor FC .Pemain ini baru sahaja mendatangani kontrak baru bersama pasukan Selangor sebelum dipinjamkan. Pemain ini juga merupakan antara watak penting untuk pasukan Selangor pada musim 2020 . 


Pemain berusia 24 tahun ini sebelum ini mencipta nama beliau di Liga Malaysia bersama kelab PKNs selama 2 musim sebelum PKNS menjadi feeder club untuk pasukan Selangor dan beliau dinaikkan pangkat menyertai skuad utama pasukan Selangor FC . Pemain yang mampu bermain di posisi pertahanan tengah ( DF ) dan pemain tengah ( DMF ) ini pastinya sangat diperlukan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Shakir Hamzah yang dikatakan telah menyertai pasukan Perak FC.


4. Fairuz Zakaria



Bekas pemain Piala Presiden Kedah ini telah berhijrah ke pasukan Pulau Pinang di penghujung musim 2019 bagi mewakili skuad utama pasukan Pulau Pinang. Beliau telah membuat 8 penampilan untuk pasukan Pulau Pinang untuk musim 2020 dan membuktikan beliau antara watak penting pasukan Pulau Pinang menjuarai Liga Premier 2020. Beliau juga dinobatkan sebagai pemain muda terbaik untuk pasukan Pulau Pinang bagi musim 2020 .


Pasti musim 2021 ini , beliau tiba di Kedah Darul Aman FC untuk merampas kembali posisi yang beliau impikan ketika bersama piala presiden dahulu.Jika berjaya membuktikan kemampuan beliau ketika latihan , pastinya beliau antara pilihan utama bagi menggantikan posisi yang ditinggalkan Shakir Hamzah.


5. Rozaimi Abd Rahman



Siapa yang tidak kenal dengan bekas wonderkid Malaysia sebelum ini.Beliau pernah digelar sebagai Neymar Malaysia ketika usia muda kerana kelincahan beliau membawa bola seakan pemain Brazil , Neymar selain kerap menggayakan rambut seperti pemain tersebut. Pemain berasal dari Sabah ini sebelum ini beraksi untuk pasukan JDT 2 selama beberapa musim sebelum mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak bersama JDT 2 .


Untuk rekod , pemain ini telah menjaringkan 15 gol dalam 15 perlawanan sahaja untuk pasukan Malaysia U23 dan ketika mewakili pasukan Sabah , beliau telah menjaringkan 22 gol dala 48 perlawanan.Selepas itu ,beliau telah dipinjamkan ke pasukan Selangor dan Harimau Muda A dengan menjaringkan gol sebanyak 11 gol.Selepas beliau ditimpa kemalangan jalan raya pada tahun 2015 , prestasi dia agak merudum dan perlu ambil masa untuk pulih.Mungkin dengan beraksi untuk pasukan Kedah Darul Aman FC , prestasi dahulu beliau dapat dikembalikan.


6. Syazwan Tajuddin



Pemain yang boleh dikatakan tidak boleh berpisah lama dengan pasukan Kedah iaitu Syazwan Tajuddin.Pemain ini meninggalkan pasukan Kedah pada penghujung musim 2019 dengan menyertai pasukan Kuala Lumpur sebelum kembali menyertai pasukan KDA FC untuk musim 2021.

Pemain yang mampu bermain di pelbagai posisi bertahan ini sangat diperlukan kerana beliau mampu menjadi backup untuk semua pemain utama jika diperlukan.Beliau juga mampu bermain di posisi tengah dan mampu mencorak serangan bila diperlukan.Semoga musim 2021 ini menjadi musim peningkatan kepada beliau dan mampu membawa prestasi sama seperti di Kuala Lumpur dengan membantu pasukan City Boys memenangi slot ke Liga Super 2021.



Comments