Ulasan Calon Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 20 : Penjaga Gol

 


Saat yang dinanti-nantikan penyokong tempatan akhirnya tiba apabila Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan senarai 50 calon bagi lima kategori Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2020 (ABK20) Virtual pada 30 Disember.



50 calon itu melibatkan 40 pemain dan 10 jurulatih Liga Malaysia yang akan bersaing bagi kategori Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik dan Jurulatih Terbaik.

Mereka ini telah disenarai pendek oleh Jawatankuasa Saringan ABK20 Virtual selepas menilai prestasi 567 jumlah keseluruhan pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia termasuk pemain muda yang berdaftar di Piala Presiden dan Piala Belia.

Namun seramai 344 pemain sahaja memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu beraksi sekurang- kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan perlawanan Liga Malaysia bagi musim 2020.

Kami dari team SP akan membuat review mengikut kategori dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan.Untuk kali ini kami akan membuat sedikit ulasan senarai calon penjaga gol terbaik.

Calon Penjaga gol Terbaik ABK20

1. Farizal Marlias – Johor Darul Ta'zim

Kapten pasukan Johor Darul Ta'zim ini boleh dikatakan setiap tahun merupakan calon utama untuk memenangi anugerah Penjaga Gol Terbaik . Hal ini kerana pencapaian beliau di kelab yang diwakilinya telah membuktikan keupayaan beliau sebagai tembok besar di pintu gol. 

Untuk tahun 2020 , Farizal Marlias telah mencatat 6 clean sheet dalam 12 perlawanan ( termasuk 1 perlawanan menentang Kuching FC di Piala Malaysia ) . Konsistensi beliau diatas padang terbukti kerana mampu mengekal rekod tanpa bolos paling banyak di Liga Malaysia sepanjang 11 perlawanan Liga Super musim ini. Untuk rekod , beliau telah memenangi 4 kali anugerah Penjaga Gol Terbaik , 3 kali ketika mewakili pasukan JDT dan sekali ketika mewakili pasukan Perlis FA pada tahun 2009.

Jika diteliti , agak sukar mana2 pasukan untuk menyerang ke gawang pasukan JDT kerana selain ketangkasan yang ada pada Farizal Marlias , pasukan JDT dibantu oleh barisan pertahanan yang berkaliber sehingga membuatkan pasukan lawan hanya mampu bertahan . Kemungkinan juga disini kita dapat lihat Farizal Marlias kurang dapat menunjukkan aksi sebenar jika pasukan lawan langsung tidak mampu untuk menyerang.

2. Iqbal Suhimi – Kuching City FC

Bekas penjaga gawang ATM ini telah tercalon kali ini untuk anugerah Penjaga Gol Terbaik untuk edisi 20 selepas menjadi penjaga gawang untuk pasukan Kuching City FC . Beliau telah membantu pasukan Kuching City FC untuk berada di kedudukan no 4 di Liga Premier pada musim 2020. Untuk musim 2020 , Iqbal Suhimi berjaya membuat 2 clean sheet dan membantu pasukan memenangi 5 perlawanan terakhir pada penghujung musim 2020.


3. Kalamullah Al–Hafiz – PJ City FC

Pemain yang baru berusia 25 tahun merupakan antara tahun manis baginya setelah berjaya menjadi penjaga gol utama untuk pasukan PJ City musim ini setelah di penghujung musim 2019 beliau beraksi cemerlang terutamanya ketika membantu pasukan beliau memenangi perlawanan bertemu Juara Liga Super , JDT

Beliau juga antara nama yang bakal disebut menjadi pelapis penjaga gol negara bagi menggantikan Farizal Marlias dan Khairul Azhan . Untuk musim 2020 , beliau telah berjaya membuat 3 clean sheet dalam 7 penampilan . Yang menarik untuk pemain ini , walaupun bolos , pasti jumlah bolos kurang dari 3 dan membukti beliau memberi aksi yang hebat dalam menangkis serangan dari pihak lawan .

4. Khairul Fahmi Che Mat – Melaka United

Pemain yang lebih mesra dipanggil Apek ini antara nama wajib yang tercalon untuk anugerah ini setiap tahun. Aksi beliau sebagai penjaga gol memang tidak dapat dinafikan lagi kerana sejak mewakili pasukan Kelantan lagi. Aksi tangkas dan mampu membaca arah bola antara kelebihan yang ada pada Apek.

Untuk rekod , beliau telah memenangi anugerah yang sama sebanyak 5 kali dan pastinya jumlah ini adalah jumlah yang lebih banyak dari penjaga gol utama pasukan JDT , Farizal Marlias.Untuk penjaga gol , usia 31 tahun boleh dikatakan muda dan beliau masih mampu bermain dengan lebih lama dan mungkin beliau juga antara nama yang wajar jurulatih kebangsaan untuk dipanggil kerana pengalaman yang dimiliki oleh beliau amat berharga untuk dikongsi dengan pemain yang lain khususnya pemain muda.

5. Khairul Azhan Khalid – Selangor FA

Pesaing utama untuk Farizal Marlias ini juga merupakan penjaga gol kedua kebangsaan selepas Farizal Marlias.Untuk musim 2020 , beliau telah membantu pasukan Selangor dengan berjaya memperoleh 2 clean sheet . Pada perlawanan Selangor dibelasah pasukan JDT 6–1 , beliau tidak bermain kerana berkahwin pada minggu perlawanan tersebut.Jika beliau hadir , pasti keputusan sebaliknya.

Anak jati Selangor ni antara penjaga gol yang pernah mendapat Anugerah Pemain Paling Bernilai disamping mendapat anugerah Penjaga Gol Terbaik pada tahun 2014 , ketika itu beliau beraksi untuk pasukan Pahang FA.Pada tahun tersebut beliau telah membantu pasukan Pahang FA memenangi 3 piala untuk satu musim.

6. Remezey Che Ros – UKM FC

Antara pemain berusia yang masih bermain di Liga Malaysia selain Shukor Adan dan Indra Putra Mahyuddin . Pemain berusia 38 tahun untuk pertama kalinya tercalon untuk anugerah ini setelah berjaya menjadi penjaga gol utama pasukan yang diwakilinya. Beraksi untuk pasukan UKM ( pasukan underdog )  , beliau telah membantu pasukan UKM untuk terus kekal beraksi di Liga Premier untuk musim 2021 

Untuk rekod , pemain ini mula beraksi pada tahun 2004 untuk pasukan PDRM sehinggalah sekarang dan telah sertai 7 pasukan sepanjang karier.Pasukan paling lama beliau beraksi adalah ketika menyertai pasukan Pahang selama 8 tahun , 2005 sehingga 2009 dan 2018 hingga 2020 sebelum berpindah ke pasukan UKM.

7. Samuel Somerville – Pulau Pinang

Viral . Itulah penjaga gol yang kita boleh katakan jika kita melihat wajah beliau . Dikatakan sama seperti pengasas ubat herba tradisional , Dato Alif Syukri .Walaupun begitu , aksi beliau juga viral dengan membantu pasukan Pulau Pinang untuk kembali ke Liga Super 2021 dengan menjuarai Liga Premier 2020.

Untuk rekod , pemain ini telah membuat 4 clean sheet dan hanya bolos sebanyak 8 kali sahaja sepanjang 11 perlawanan untuk pasukan Pulau Pinang . Salah satu pencapaian yang menakjubkan untuk sebuah pasukan yang dikatakan mempunyai maslaah kewangan sebelum ini. Beliau sebelum ini pernah beraksi untuk pasukan JDT 2 dan merupakan penjaga gol utama sebelum mengambil keputusan menukar haluan dan menyertai pasukan yang berpengkalan di utara tanah air ini. Ternyata keputusan beliau tidak salah dan disebut antara penjaga gol terbaik yang negara miliki sekarang ( beliau berdarah campuran )

8. Sharbinee Allawee Ramli – Pahang

Anak jati Terengganu ini telah terpilih untuk menjadi calon Anugerah Penjaga Gol untuk edisi ABK20 .Sharbinee yang sebelum ini banyak beraksi untuk pasukan Pahang telah mengambil tempat penjaga gol utama pasukan Pahang sebelum ini iaitu Helmi Eliza .Aksi yang ditampilkan dalam mengawal gawang berjaya merampas terus posisi penjaga gol utama pasukan dari Helmi Eliza yang sebelum ini menjadi penjaga gol utama Pahang untuk beberapa musim

Untuk rekod , beliau masih belum berjaya merangkul anugerah penjaga gol terbaik walaupun pernah membantu pasukan Terengganu memenangi Piala FA pada tahun 2011 .  Mungkin untuk tahun 2020 menjadi rezeki kepada beliau setelah berjaya beraksi dengan cemerlang untuk musim 2020.

9.Suhaimi Husin – Terengganu FC II

Seorang lagi penjaga gol dari Liga Premier yang tersenarai untuk calon anugerah Penjaga Gol Terbaik untuk ABK20 ini.Pemain yang berjaya membuat 4 kali clean sheet untuk musim 2020 selain membantu pasukan beliau untuk memenangi perlawanan ketika bertemu juara Liga Premier .

Pemain yang berusia 26 tahun ini antara pemain yang mungkin boleh dikatakan tidak pernah merantau ke luar kelab dari negeri kelahirannya .Beliau pernah bermain untuk pasukan Hanelang sebelum kembali ke Terengganu dan menjadi penjaga gol untuk untuk feeder club pasukan Terengganu , Terengganu 2 selama 4 musim.

10. Zamir Selamat – Kuala Lumpur

Bekas penjaga gol utama JDT pada ini merupakan antara calon yang bakal memenangi anugerah ini.Tahun yang begitu manis buat karier penjaga gol ini kerana pada awal musim 2019 , tiada kelab ingin mengambil beliau sebagai pemain .Namun begitu , untuk tahun ini ,beliau tersenarai sebagai 10 penjaga gol terbaik untuk musim 2020 . 

Beliau juga antara watak penting dalam membawa pasukan Kuala Lumpur kembali ke Liga Super dengan membuat 2 clean sheet selain hanya bolos 14 kali sahaja sepanjang 11 perlawana ( bolos 4 kali ketika perlawanan menentang Selangor 2 dengan keputusan Terengganu II 2(5) - (4) Selangor 2 .



Pilihan Team SP : Samuel Somerville – Pulau Pinang


Comments