Ulasan Calon Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 20 : Pertahanan Terbaik

 

Saat yang dinanti-nantikan penyokong tempatan akhirnya tiba apabila Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan senarai 50 calon bagi lima kategori Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2020 (ABK20) Virtual pada 30 Disember.


50 calon itu melibatkan 40 pemain dan 10 jurulatih Liga Malaysia yang akan bersaing bagi kategori Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik dan Jurulatih Terbaik.


Mereka ini telah disenarai pendek oleh Jawatankuasa Saringan ABK20 Virtual selepas menilai prestasi 567 jumlah keseluruhan pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia termasuk pemain muda yang berdaftar di Piala Presiden dan Piala Belia.


Namun seramai 344 pemain sahaja memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu beraksi sekurang- kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan perlawanan Liga Malaysia bagi musim 2020.


Untuk kali ini kami akan review tentang calon senarai Pertahanan Terbaik Liga Malaysia AKB20


Calon Pertahanan Terbaik ABK20

1. Aidil Zafuan Abd. Radzak – JDT


Kapten pasukan Harimau Malaya , Aidil Zafuan antara pemain pertahanan terbaik yang pasukan Malaysia miliki sekarang.Beliau juga antara watak penting untuk pasukan Johor Darul Ta'zim dalam menjuarai Liga Super selepas beraksi selama hampir 7 tahun . 


Untuk musim 2020 , beliau antara pemain kesebelasan utama yang membantu pasukan JDT menjuarai Liga super musim 2020 .Dengan 8 penampilan dan menjaringkan gol , menjadikan gandingan beliau dengan pemain import JDT , Maurocio antara pertahanan yang paling sukar ditembusi oleh pihak lawan . 

Untuk rekod , beliau masih belum memenangi anugerah pertahanan terbaik ketika mewakili pasukan JDT namun beliau pernah memenangi anugerah ini ketika berada di pasukan ATM FA dan Negeri Sembilan.


2 Azmi Muslim – Pulau Pinang


Pemain pertahanan kiri Pulau Pinang ini tercalon untuk anugerah pertahanan terbaik kali ini selepas membantu pasukan Pulau Pinang menjuarai Liga Premier musim 2020 dan membantu pasukannya kembali ke Liga Super.Beliau yang tidak mempunyai pasukan ketika musim 2019 ( sertai Perlis sebelum perlis dibubarkan ) kini antara watak penting pasukan Pulau Mutiara ini dalam menjuarai liga.


Untuk rekod , pasukan Pulau Pinang antara pasukan yang paling sedikit bolos dan pastinya barisan pertahanan mereka yang diketuai sendiri oleh Azmi Muslim dapat menangkis serangan pihak lawan. Pemain yang pernah sertai hampir 10 pasukan ini belum pernah memenangi anugerah ini sepanjang karier bola sepak beliau dan mungkin ini tahun pertama beliau memenangi anugerah ini? 


3. La’Vere Corbin-Ong – JDT


Pemain berdarah kacukan ini sekali lagi tercalon pertahanan terbaik untuk musim ini . Pemain ini telah membuat 12 penampilan untuk 13 perlawanan yang dihadapi oleh pasukan JDT tahun ini dan telah membantu JDT memenangi kejuaraan Liga Super musim 2020.


Pemain utama pasukan Harimau Kebangsaan ini telah beraksi untuk pasukan JDT selama 3 musim dan sepanjang musim beliau bersama JDT ,beliau telah membantu pasukan memenangi banyak kejuaraan liga dan piala .Aksi beliau membantu serangan dari pertahanan kiri ternyata banyak membantu pasukan JDT dalam merencana serangan ke pihak lawan.


4. Matthew Davies – JDT


Pemain pertahanan ketiga dari pasukan JDT yang tercalon untuk anugerah pertahanan terbaik musim ini . Bekas kapten pasukan Pahang yang sertai JDT pada awal musim 2020 ini tidak menunggu lama untuk membuktikan keupayaan beliau terutamanya dari aspek hantaran yang boleh dikatakan antara pemain yang mempunyai hantaran yang paling tepat sekali .Matt Davies telah membuat 5 penampilan untuk musim 2020 dan menunjukkan aksi yang memukau setiap kali diturunkan.


Untuk rekod , pemain berdarah kacukan ini telah telah beraksi di Liga Malaysia selama 5 tahun, 4 tahun bersama pasukan Pahang dan setahun bersama JDT . Pemain berusia 25 ini juga merupakan pertahanan kanan utama pasukan kebangsaan dibawah kendalian Tan Cheng Hoe. Sebelum ini , beliau pernah memenangi anugerah ini pada tahun 2017 ketika mewakili pasukan Tok Gajah musim 2017.


5. Rafiuddin Roddin – Perak



Seorang lagi pemain pertahanan kiri yang tercalon selepas  Corbin Ong dari JDT .Pemain yang berasal dari Sabah ini. Pemain yang beraksi sebagai pemain utama pasukan Perak ini telah tercalon untuk anugerah ini selepas membantu pasukan Perak berada di kedudukan 4 liga.


Pemain ini juga kerap diturunkan sebagai pemain sayap pasukan Perak ketika musim 2020 .Untuk rekod , beliau sebelum ini pernah bermain untuk Perak ,sebelum berpindah ke pasukan Pulau Pinang dan kembali semula menyertai pasukan The Bos Gaurus pada tahun 2017


6. Shahrul Nizam Ros Hasni – Kelantan



Antara pertahanan dari Liga Premier yang berjaya tercalon untuk bersaing dengan barisan calon dari Liga Super.Pemain yang bermain di posisi pertahanan tengah ini mula menakbur bakti untuk pasukan negeri kelahirannya sejak tahun 2018 dan bermula sebagai pemain simpanan sebelum mula mendapat tempat sebagai pemain utama pada tahun 2019.


Untuk musim 2020 , beliau sekali lagi diberi kepercayaan sebagai pemain utama dan tercalon sebagai pertahanan terbaik untuk musim 2020 di Liga Malaysia.Beliau juga disebut antara calon akan dipanggil untuk membarisi skuad Harimau Malaya  dan pastinya berbaloi untuk dipanggil bagi menimba pengalaman di usia muda di peringkat antarabangsa.


7. Shahrul Saad – Perak



Kapten pasukan Perak yang mesra dipanggil Badak ini adalah calon utama memenangi anugerah ini . Bekas pemenang anugerah yang sama pada tahun 2018 ini tidak dapat disangkal lagi dengan aksi yang ditampilkan oleh beliau jika diturunkan .Pemain yang berbadan tegap ini juga antara pertahanan tempatan yang paling sukar ditembusi oleh pihak lawan dan mampu membantu dalam serangan ketika bola mati.


Untuk rekod , beliau telah membantu menjaringkan 2 jaringan ketika beraksi untuk Liga Super musim 2020 . Beliau juga antara tonggak utama pasukan Harimau Malaya dibawah bimbingan Tan Cheng Hoe.Baru baru ini beliau telah menandatangani kontrak baru bersama pasukan Perak FC.


8. Shakir Hamzah – Kedah



Pemain kebangsaan Singapura ini telah beraksi 2 musim bersama pasukan Kedah sebelum dilepaskan di penghujung musim 2020 .Untuk musim 2020 , beliau telah beraksi sebanyak 10 perlawanan dan membantu pasukan Kedah untuk menjadi naib juara Liga Super 2020 .Beliau juga turut menyumbang 2 gol untuk musim ini.


Pemain yang dikatakan menyertai pasukan Perak untuk musim 2021 ini mula bermain di Liga Malaysia adalah pada tahun 2019 dan aksi yang ditunjukkan ketika bersama Kedah telah menarik minat pasukan lain di Liga Malaysia untuk mendapatkan khidmatnya.Untuk rekod , beliau telah membuat 51 penampilan untuk skuad kebangsaan Singapura dan menjaringkan 3 gol.


9. Victor Nirennold – UiTM FC



Pemain berusia 29 tahun ini telah menyertai UITM FC pada awal musim 2020 dan terus tercalon dalam 10 pertahanan terbaik Liga Malaysia 2020.Pemain ini telah membantu pasukan UITM FC ini untuk berada di tangga kelima dan berjaya melakukan 3 clean sheet musim ini dari 11 perlawanan.


Pemain yang mampu bermain di posisi pertahanan tengah dan kiri ini pernah beraksi untuk kelab SHB Da Nang FC yang bertapak di negara Vietnam.


10. Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman – Melaka



Seorang lagi pemain pertahanan yang mungkin memenangi anugerah ini adalah pemain kelahiran Kelantan ini . Pemain utama pasukan Melaka ini telah beraksi untuk semua perlawanan liga super musim ini bersama pasukan Melaka United.Bekas pemain Felda ini juga telah berjaya menjaringkan 1 gol cantik dari jarak jauh untuk pasukan Melaka United.


Pemain yang bermain di posisi pertahanan kiri mempunyai kebolehan melakukan hantaran dan mampu melakukan larian deras dari sebelah kiri .Beliau juga banyak menyumbangkan bantuan jaringan untuk jaringan pasukan Melaka musim ini.


Pilihan SP : La’Vere Corbin-Ong – JDT








Comments