Bintang Bola Sepak Malaysia Yang Pernah Beraksi Di Luar Negara

 

Kebelakangan ini banyak kita dengar pemain berasal dari negara kita telah mula untuk menempa nama sebagai pemain bola sepak di luar negara khususnya bermain di Eropah . Kali ini team SP ingin mengupas beberapa nama pemain bola sepak Malaysia yang pernah menempa sejarah dengan bermain di luar negara.
    
1. Safee Sali ( Pelita Jaya - Indonesia Super League )

Penyerang berbisa yang berasal dari Selangor ini telah menggemparkan negara pada satu masa dahulu dengan menjadi pemain Malaysia pertama bermain di ISL dengan mewakili Pelita Jaya pada tahun 2011. Beliau telah dibayar sebanyak hampir RM30K sebulan dan menjadi antara pemain Malaysia yang menerima bayaran gaji paling tinggi ketika itu .

Pada tahun pertama , Safee telah membuktikan ketajaman penyudah beliau dengan membantu pasukan Pelita Jaya dengan menjaringkan 7 gol dengan hanya 13 penampilan sahaja. Untuk tahun kedua , beliau telah mendapat kepercayaan jurulatih Pelita Jaya dengan memberi lilitan ketua pasukan bagi mengetua pasukan beliau.Untuk musim itu juga beliau telah mencipta rekod dengan menjaringkan 4 gol dalam satu perlawanan ketika menentang Gresik United dan 20 gol untuk keseluruhan musim tersebut. Beliau juga menjadi idola peminat pasukan Pelita Jaya.

2. Shahrel Fikri ( Nakhon Ratchasima - Thai League 1 )

Penyerang baru pasukan Selangor FC ini antara pemain yang telah beraksi di luar liga Malaysia .Beliau juga merupakan individu ke lima selepas Khairul Iskandar Ismail , Amir Omar Khata, Chung Keng Hong dan Suhaidi Akmal.Namun mereka berempat kurang diketahui kerana kurang liputan mengenai mereka berempat.


Shahrel Fikri tiba di Thailand dengan menyertai pasukan Nakhon Ratchasima secara pinjaman dari pasukan PKNP selama setahun pada tahun 2018.Beraksi sebagai penyerang dan sayap kiri , beliau telah berjaya menjaringkan 3 gol dalam 12 penampilan untuk kelab Thailand tersebut.Pengalaman bermain di negara gajah putih itu digunakan sepenuh dan kini beliau antara penyerang tempatan paling berbahaya .

3.  Nazmi Faiz Mansor ( Beira-Mar - Liga Portugal )

Menjadi pemain pertama yang menjejak kaki ke Liga Portugal selepas dikatakan menandatangani 3 tahun kontrak bersama pasukan Beira-Mar . Persembahan beliau bersama pasukan Harimau Muda A telah memikat hati pemerhati dari kelab tersebut.




Disebabkan ketika itu beliau masih berumur 18 tahun ,beliau banyak menghabiskan masa bersama pasukan Under-19 kelab tersebut.Beliau juga berjaya menjaringkan gol ketika mewakili pasukan U19.Namun begitu , beliau hanya berada di sana hanya 6 bulan sebelum menamatkan kontrak bersama pasukan tersebut .

4. Akmal Rizal Ahmad Rakhli ( RC Strasbourg - League 1, France )



Lagenda pasukan Kedah antara bintang bola sepak Malaysia yang telah berkelana di Eropah selama 3 tahun . Bermain untuk pasukan RC Strasbourg , beliau telah berjaya membuat 14 penampilan dan berjaya menjaringkan 5 gol.Namun akibat persaingan yang hebat di pasukan itu , beliau telah dipinjamkan kelab Perancis yang bermain di League 2 ,FCSR Haguenau.

Bermain di Liga 2 , Akmal lebih menyerlah dan berjaya menjaring 10 gol dalam 36 penampilan bersama kelab.Namun hanya mampu bermain selama dua musim , beliau telah kembali ke tanah air dan bermain dengan pasukan Kedah.Ketika itu , banyak pasukan di Liga Malaysia ingin mendapatkan khidmat beliau kerana pengalaman dan kebolehan beliau sebagai penjaring berbisa.

5. Titus James Palani - ( Le Havre AC - League 1 France )

Pemain muda yang menjadi fenomena satu ketika dahulu selepas menimbang bola sebanyak 5680 selama satu jam 14 minit . Aksi beliau juga telah dipantau dan menambah hati pemerhati pasukan bola sepak League 1 , Le Havre AC dan berminat untuk mengambil pemain muda ini menyertai pasukan kelab dari Perancis itu.


Dikatakan bakal menaikkan bola sepak negara pada masa hadapan namun dikatakan beliau banyak menghabiskan masa bermain untuk pasukan bawahan di Perancis seperti Nanteuil SC, FC Villenoy dan Normandy tanpa mengecap sebarang kejayaan . Sekarang beliau sudah berusia 33 tahun namun masih tidak berputus asa untuk terus mengecap nama di bumi orang walaupun harapan semakin tipis.

Comments