Pasukan Kuala Lumpur Dibarisi Bintang ??

    



Musim pembelian pemain bola sepak di Liga Malaysia telah bermula sejak bulan 12 tahun 2020 lagi. Banyak pasukan di Liga Super dan Liga Premier telah melakukan pembelian bagi menyiapkan pasukan untuk menghadapi musim 2021 nanti.

    Tidak ketinggalan pasukan yang bertapak di lembah klang ,pasukan Kuala Lumpur FA .Pasukan kedua yang menempah tiket kembali ke Liga Super selain juara Liga Premier , Penang FA yang turut bersama sama bakal beraksi di Liga Super 2021 .

    Dalam bulan Januari ini , pasukan yang digelar City Boys ini telah membuat pembelian beberapa pemain termasuk pemain import. Dan kebanyakkan pembelian tersebut , kebanyakkannya adalah pemain yang berstatus bintang.





    Antara nama nama besar yang menyertai pasukan Kuala Lumpur adalah Safie Sali ( PJ City ) , Hadin Azman ( Kedah FA ) , Irfan Zakaria( Kedah FA ),Julian Johan Bechler(JDT 2 ) dan terbaru Dominique Da Sylva ( Terengganu FC ). Pasti penyokong Kuala Lumpur FA khususnya gembira melihat pembelian baru ini .Dikatakan juga pasukan Kuala Lumpur sedang mencuba membawa masuk bekas pemain import Melaka United dan calon naturalisasi , Romel Morales . Pemain tersebut telah dilepaskan oleh pasukan Melaka United di penghujung musim 2020.

    


    Selain pemain , ketua jurulatih pasukan Kuala Lumpur juga berubah dimana pasukan City Boy telah menggunakan khidmat Bojan Hodak sambil dibantu oleh Nidzham Adha yang menggalas tugas sebagai Penolong Jurulatih pasukan. Bojak Hodak pastinya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana beliau merupakan jurulatih untuk pasukan pasukan di Liga Malaysia sejak tahun 2006 .


    Jika dilihat barisan pemain Kuala Lumpur sedia ada , terdapat beberapa pemain berstatus bintang lain seperti Indra Putra Mahyuddin , Shukor Adan , Akram Mahinan dan Francis Kone . Semestinya kita dapat lihat jentera serangan pasukan Kuala Lumpur musim depan pastinya antara jentera serangan terbaik yang ada di dalam Liga Super 2021 .

    Semoga pasukan Kuala Lumpur mampu memberi saingan dan mencabar pasukan Liga Super sedia ada dalam mengekalkan mereka di dalam Liga Super untuk musim 2022 dan mungkin mencabar status pasukan elit yang lain.

Comments