PKP 2.0 : Pasukan di Liga Malaysia Terjejas ??

 


Kita sedia maklum kerajaan Malaysia telah membuat pengumuman beberapa negeri telah dikenakan PKP dan beberapa negeri lain dikenakan PKPB .Kita semua sedia maklum juga jika terjadi PKP pastinya tiada rentas negeri dan aktiviti sosial boleh dilakukan terutama aktiviti sosial berkumpulan .Hal ini pastinya segala bentuk latihan kelab dan penyediaan pasukan akan terjejas dalam menghadapi Liga Super 2021 yang akan bermula di hujung bulan 2021.



Selain itu , andai PKP berlanjutan , para pemain juga tidak dapat meningkatkan tahap kecergasan bagi bermain di saingan Liga Super nanti . Terdapat sekatan dan had untuk latihan para pemain pastinya akan berlaku . Pada PKP sebelum ini kita dapat lihat banyak pasukan menggunakan kaedah VC bagi memantau para pemain namun begitu kekurangan 'equipment' yang terdapat pada pemain itu sendiri akan menyebabkan latihan yang diarahkan oleh jurulatih juga tidak dapat dijalankan dengan sempurna.



Namun begitu , tindakan yang diambil oleh kerajaan juga perlu kerana kita dapat lihat pasukan dari lembah klang ,  PJ City , antara pasukan pertama yang dilanda penularan COVID-19 dalam pasukan . Jika tiada sekatan seperti ini , kita pasti dapat lihat banyak pasukan akan menjadi seperti pasukan PJ City . Mungkin semua pasukan dan para pemain perlu berkorban buat masa ini bagi mengekang penularan dari melanda pasukan masing masing.




Selain risiko pada penyediaan pasukan , pastinya turut dirasai ialah penaja-penaja utama pasukan di Liga Super dan Liga Premier . Kita sedia maklum bahawa pada musim 2020 , banyak penaja yang menaja pasukan di Liga Malaysia mengalami kerugian dan tidak mampu untuk membayar penuh kos penajaan. Selain pasukan di Liga Super , penaja untuk Liga Super sendiri turut terjejas dan terpaksa menarik diri dari menaja untuk musim 2021. Jika tiada penajaan untuk Liga Malaysia , pastinya banyak pasukan akan kehilangan punca pendapatan pasukan untuk musim musim seterusnya.



Selain liga malaysia , persiapan skuad kebangsaan juga pastinya turut terjejas.Jurulatih negara , Tan Cheng Hoe sebelum ini menyatakan bakal membuat kem latihan pada hujung bulan satu dengan mengambil para pemain untuk kem tersebut.Namun begitu , jika terdapat PKP , pastinya kem yang dirancang tidak dapat dibuat dan persiapan pasukan negara menghadapi Kelayakan Piala Asia/Piala Dunia juga akan terjejas.



Manakala untuk peminat , pastinya kita ingin merasai kehangatan berada di stadium untuk menyokong pasukan yang kita sayangi .Namun jika kes covid yang melanda negara kita masih teruk , pastinya kita akan menjadi seperti tahun lepas , menonton di kaca televisyen atau di telefon pintar masing masing sahaja.Mampu bersorak di rumah namun sorakan tidak dirasai oleh para pemain.Sedih bukan?? Untuk mengelak dari dilanda kesedihan tidak mampu bersorak untuk pasukan , marilah kita sama sama menjaga diri dengan mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan .Kita jaga Kita.Sama sama kita hapuskan COVID 19.


Comments