Ramalan Kesebelasan Utama Harimau Malaya : Posisi Penjaga Gol

 



    Selepas pasukan bola sepak kebangsaan dibenarkan membuat latihan untuk persiapan dalam menghadapi kelayakan Piala Asia / Piala Dunia 2022 , hangat diperkatakan siapakah nama nama bintang bola sepak yang bakal dipanggil oleh jurulatih pasukan negara , Tan Cheng Hoe untuk persiapan kali ini .

    Untuk kali ini , team SP akan membuat artikel ramalan nama bintang yang mungkin dipanggil oleh jurulatih kebangsaan.Kami mulakan artikel kali ini dengan posisi yang pastinya kebanyakan pasukan di Liga Super menggunakan pemain tempatan sebagai pemain utama posisi ini iaitu posisi Penjaga Gol .

    Sebagai tembok terakhir pasukan , posisi ini antara posisi yang kerap dikritik oleh peminat bola sepak khususnya jika penjaga gol bolos atau tidak menunjukkan aksi yang memberangsangkan.

1. Farizal Marlias

    Untuk nama pertama yang mungkin dipanggil oleh TCH pastinya penjaga gol utama dan kapten pasukan Harimau Malaya , Farizal Marlias .Penjaga gol utama pasukan Johor Darul Ta'zim ini telah mendominasi posisi ini sejak beliau mula menjadi penjaga gol untuk kelab JDT lagi . 



    Pengalaman beraksi di pentas Asia bersama pasukan JDT pastinya dimanfaat sepenuhnya oleh beliau dalam menabur bakti untuk negara. Tenang dan mampu membaca gerakan antara kelebihan yang ada pada penjaga gol kelahiran dari negeri Pahang ini. Kekurangan yang kerap diperkatakan oleh peminat kepada beliaua  adalah beliau kerap di luar posisi dalam keadaan tertentu dan menyebabkan bolos . Mungkin dengan tunjuk ajar barisan kejurulatihan terbaik yamg disediakan oleh pasukan JDT mungkin boleh mengurang kesilapan Farizal sebelum ini.

2. Khairul Azhan Khalid


    Nama kedua yang mungkin mengisi slot 'last man' ini ialah Khairul Azhan dari pasukan Selangor FC. Anak jati Selangor ini antara nama yang paling disebut selepas penjaga gol dari JDT , Farizal Marlias. Menjadi pemain gantian ketika Farizal Marlias cedera pada tahun 2019 dan mempamerkan aksi yang cemerlang , ramai peminat bola sepak tempatan mahukan beliau untuk terus menjadi NO 1 untuk pasukan negara.

    Mempunyai refleks yang tinggi dan gemar menerpa masuk bagi menyukarkan penyerang pihak lawan antara kelebihan yang ada pada pemain ini . Aksi beliau ketika bertemu Indonesia pada tahun 2019 pastinya diingati walaupun cedera , beliau tetap menyelamat pintu gol Malaysia dari dibolosi sebelum ditukarkan dengan penjaga gol simpanan ketika itu , Farizal Marlias.

3. KHAIRUL FAHMI CHE MAT

    Nama ketika dalam senarai ini ialah pemain yang berasal dari Kota Bharu , Kelantan , Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali Apek . Pemain yang pernah diangkat sebagai penjaga gol terbaik Malaysia pada era K.Rajagopal ini sekarang merupakan penjaga gol untuk pasukan Melaka United .

    Pemain yang pernah memenangi pemain muda terbaik dan penjaga gol terbaik selama 4 musim ini pastinya antara nama boleh dipanggil bagi membarisi kesebelasan utama pasukan harimau malaya . Baru berusia 31 tahun , pastinya keringat beliau masih boleh dipanggil untuk skuad kebangsaan dan pengalaman beliau di pentas antarabangsa pastinya diperlukan dalam menghadapi perlawanan kelayakan nanti.

        


    Untuk rekod , beliau telah beraksi untuk skuad kebangsaan sebanyak 56 kali penampilan dan 28 kali untuk skuad U23 .Yang pasti aksi beliau menyelamatkan penalti ketika bertemu di perlawanan akhir menentang Indonesia pastinya diingati oleh semua peminat bola sepak kebangsaan.

4. Hafizul Hakim
    


    Penjaga gol utama pasukan Perak juga antara nama yang mungkin dipanggil oleh TCH untuk kelayakan nanti. Pemain yang baru berusia 27 tahun ini telah menunjukkan aksi yang memberangsangkan ketika mewakili pasukan Perak FA untuk beberapa musim kebelakangan ini.

    Hafizul Hakim sebelum ini telah membuat 9 penampilan untuk pasukan kebangsaan dan menampilkan aksi yang menarik terutamanya ketika bertemu pasukan Hong Kong dengan menyelamatkan sepakan penalti di minit terakhir perlawanan dengan membantu pasukan Malaysia seri 1-1.

5. Samuel Somerville

    Penjaga gol utama berdarah campuran ini mungkin boleh dipanggil untuk membarisi skuad kebangsaan untuk kelayakan kali ini selepas memberi aksi yang cemerlang untuk pasukan Penang FA setelah membantu pasukan dari utara itu memenangi Liga Premier 2020 dan hanya bolos 11 kali sahaja.

    

    Pemain berdarah kacukan Malaysia-England ini sebelum ini beraksi sebagai pemain utama pasukan JDT 2 selama 4 musim .  Hasil latihan dengan pasukan JDT 2 sebelum ini pastinya membuatkan pemain ini lebih bersedia dan telah memberi aksi yang memberangsangkan untuk pasukan baru beliau . Dengan rekod cemerlang bersama kelab , pastinya TCH boleh mencuba menggunakan kudrat pemain berdarah campuran ini dan mungkin menjadikan beliau pelapis kepada penjaga gol utama negara .

    

    

Comments