Trivia pemain pertama untuk musim 2021 adalah penjaga gol utama pasukan JDT dan pasukan kebangsaan , Mohd Farizal bin Marlias . Menjangkau umur 34 tahun untuk tahun ini tidak menghalang untuk beliau sekali lagi menjadi tonggak utama dan benteng terakhir pasukan JDT dan turut menjadi taruhan harapan jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe .Beliau yang dilahirkan di Maran Pahang ini mempunyai ketinggian 178cm dan mungkin boleh dikatakan tinggi yang sesuai untuk seorang penjaga gol tempatan.
Pemain ini memulakan karier bola sepak beliau ketika berumur 17 tahun dengan mewakili pasukan bawah 19 pasukan Pahang selama 3 tahun . Selepas itu , kelab bola sepak yang bertempat di Temerloh , Pahang , Shahzan Muda FC telah menawarkan kontrak untuk Farizal dan menjadi tonggak utama pasukan selama 2 musim di Liga Premier .
Selepas beraksi cemerlang bersama kelab Shahzan Muda , pemain ini mulakan langkah kanan dengan menyertai pasukan gergasi ketika itu , Perlis FA pada tahun 2008 dan terus memegang jersi nombor 1 . Pada tahun kedua bersama pasukan Singa Utara , Farizal telah memenangi anugerah Penjaga Gol Terbaik 2019 . Walaupun berumur 24 tahun ketika itu , beliau telah mempamerkan aksi cemerlang dengan membantu pasukan Perlis berada di kedudukan kedua di Liga Super .Pada tahun 2009 , beliau telah berjaya membuat penampilan pertama untuk pasukan kebangsaan selepas beraksi cemerlang untuk pasukan yang diwakili di Liga Super.
Selepas kontrak bersama pasukan Perlis tamat , pasukan Negeri Sembilan terus menawarkan kontrak kepada Farizal .Namun begitu , beliau bukanlah menjadi penjaga gol utama ketika itu kerana beliau telah menjadi backup kepada Farizal Harun.Tidak lama selepas pulih dari kecederaan , Farizal telah berjaya menjadi pemain no 1 pasukan Negeri Sembilan dan membantu pasukan memenangi Piala Malaysia pada tahun 2011 .Selepas membuat lebih dari 40 penampilan untuk pasukan Negeri Sembilan , beliau telah menyertai pasukan di utara tanah air , Perak FA dan bermain untuk satu musim sebelum berhijrah ke pasukan Selangor dan bermain selama satu musim juga.
Selepas pasukan Johor FC dikendalikan oleh Tengku Mahkota Johor dan menukar nama pasukan kepada Johor Darul Ta'zim ( JDT ) , TMJ telah membeli bintang bintang pasukan tempatan dan nama Farizal Marlias antara nama yang dipanggil menyertai skuad JDT . Dibarisi ramai bintang dalam pasukan , pastinya sukar untuk Farizal namun aksi yang dipamerkan dalam latihan telah menjadikan beliau adalah benteng terakhir JDT utama untuk pasukan dari selatan itu.
Beliau telah membuat penampilan lebih dari 150 untuk pasukan JDT dan telah membantu memenangi 7 kali Liga Super , ternyata itu adalah pencapaian terbaik sepanjang karier beliau .Pastinya nama beliau juga bakal disenaraikan sebagai penjaga gol legenda tempatan yang pernah ada di dalam liga Super .Pastinya keringat beliau akan terus diperlukan selepas beliau baru sahaja memenangi anugerah penjaga gol terbaik Liga Super di anugerah bola sepak kebangsaan ( ABK ) edisi 2020 .
Semoga pemain yang bernama Farizal Marlias ini akan terus mempamerkan aksi terbaik beliau di liga tempatan dan membantu pasukan kebangsaan di arena antarabangsa.





Comments
Post a Comment