Trivia Pemain Liga Super 2021 : Muslim Ahmad

 


    Trivia kali ini kekal dengan posisi pertahanan tengah dan pemain kali ini pasukan SP ingin mengupas sedikit info tentang pertahanan tengah pasukan Sri Pahang FC , Mohamad Muslim bin Ahmad . Pemain yang berasal dari Terengganu ini merupakan antara pertahanan terbaik pasukan negara pernah miliki selain Shahrul Saad dan Aidil Zafuan.

    Muslim memulakan karier bola sepak beliau dengan menyertai pasukan akademi Terengganu FA selama 2 musim . Di awal 2007 , beliau telah berhijrah menyertai skuad pembangunan , Harimau Muda selama dua tahun dan bertukar ke pasukan Harimau Muda A pada tahun 2009.

    


    Ketika berada di skuad Harimau Muda A , beliau telah diberi kepercayaan jurulatih untuk menjadi kapten pasukan .Beliau turut mengetuai pasukan menentang kelab terkenal , Manchester United ketika siri pra musim kelab tersebut bersama pasukan negara .Aksi yang ditampilkan ketika bersama Harimau Muda A telah menarik minat kelab dari Solvakia dan dikatakan hampir menyertai kelab tersebut namun terdapat beberapa isu perpindahan tersebut gagal.Ketika bersama Harimau Muda A , beliau telah dianugerahkan sebagai Pemain Muda Terbaik di anugerah bola sepak kebangsaan.



    Aksi beliau bersama skuad negara turut memberi peluang beliau kembali ke pasukan negeri kelahirannya , Terengganu FA .Beliau telah membuat 36 penampilan selama 2 tahun bersama pasukan dari pantai timur dan menyumbangkan dua gol.Selepas 2 tahun , beliau telah berhijrah ke pasukan Johor Darul Ta'zim menyertai skuad bintang yang baru ditubuhkan oleh Tengku Muda Johor menggantikan Johor FC.
   


    Ketika di JDT , beliau kurang mendapat tempat kerana perlu bersaing dengan bintang bola sepak tempatan yang lain dan hanya bertahan untuk setahun di sana dan hanya membuat 5 penampilan sahaja,Bagi mendapat tempat dalam pasukan Harimau Malaya ,beliau telah berhijrah ke pasukan PDRM bagi selama dua musim dan merupakan antara tonggak penting pasukan PDRM ketika itu .

    Jodoh bersama pasukan PDRM juga tidak lama kerana mampu bertahan selama 2 tahun sebelum beliau berhijrah ke pasukan pantai timur juga , Kelantan . Bersama pasukan Kelantan beliau telah  membuat 17 penampilan sebelum beliau berhijrah ke negeri jiran , Pahang FA .
    

    Di Pahang beliau terus mencipta nama sebagai antara pemain paling lama berada di pasukan tersebut .Bermula tahun 2017 , beliau telah menjadi antara tonggak penting dalam pasukan Pahang FA.Pada musim 2019 , beliau telah membuat gandingan terbaik bersama seorang lagi pemain pertahanan Pahang , Herould Goloun dan membantu pasukan Pahang berada dikedudukan kedua liga ketika itu.



  Untuk rekod , Muslim Ahmad lebih banyak mengecapi kejayaan ketika bersama pasukan kebangsaan dibanding ketika beliau bersama kelab.Ketika bersama pasukan kebangsaan , beliau telah memenangi 2 kali pingat emas Sukan Sea , sekali juara Piala AFF Suzuki dan Naib juara Piala AFF Suzuki . 

Comments