Trivia Pemain Liga Super 2021 : Rizal Ghazali

 

Trivia Pemain Liga Super 2021 : Rizal Ghazali

Untuk kali ini , team SP ingin mengupas sedikit maklumat seorang pemain bola sepak dari utara tanah air iaitu Mohd Rizal bin Mohd Ghazali atau lebih dikenali sebagai Rizal Ghazali . Pemain berumur 28 tahun ini berasal dari Kedah ini telah mewakili pasukan Kedah FA selama hampir 8 tahun .



Pemain yang memulakan karier bola sepak dengan pasukan Perlis FA ini telah mula menjadi pemain professional pada tahun 19 tahun .Untuk rekod ,sebelum bermain di posisi pertahanan kanan, beliau bermula sebagai penyerang atau sayap kanan di pasukan Perlis FA .Di era Raman Marcote ( pengganti Tan Cheng Hoe ) , jurulatih tersebut merasakan Rizal lebih sesuai bermain di posisi pertahanan kiri dan sampai sekarang beliau terus bermain di posisi tersebut.

Pemain yang memakai jersi nombor 15 di pasukan Kedah ini telah membuat lebih dari 130 penampilan untuk pasukan Kedah selama 8 tahun bersama pasukan dari utara tanah air ini.Beliau juga turut dipanggil menyertai pasukan kebangsaan setelah beraksi dengan cemerlang untuk pasukan Kedah terutamanya pada musim 2016.




Sepanjang bermain untuk pasukan Kedah , beliau telah membantu pasukan untuk memenangi beberapa kejohanan antaranya Juara Liga Premier ( 2015 ) , Juara Piala FA ( 2017,2019 ) , Juara Piala Malaysia ( 2016 ) dan Juara Piala Sumbangsih ( 2017 ) . Beliau juga turut memenangi anugerah pertahanan terbaik di ABK2016 untuk kali pertama sepanjang karier professionalnya.



Untuk peringkat antarabangsa pula , Rizal telah membuat membuat 10 kali penampilan untuk pasukan kebangsaan . Debut pertama beliau bersama pasukan Harimau Malaya adalah ketika pasukan Malaysia bertemu pasukan Singapore dengan keputusan perlawanan berkesudahan seri 0 - 0 .Untuk posisi pertahanan kanan , pastinya sukar untuk beliau merampas posisi tersebut kerana pertahanan kanan JDT , Matthiew Davies dan Azrif NasrulHaq , dan Syahmie Safari , pertahanan kanan Selangor antara nama kerap digunakan oleh Tan Cheng Hoe .



Semoga untuk musim 2021 nanti , beliau akan terus memberi aksi yang cemerlang untuk pasukan Kedah Darul Aman FC dan mungkin menjadi pilihan utama dalam mewakili pasukan kebangsaan dalam mengharungi kelayakan Piala Asia/Piala Dunia 2022 nanti.



Comments