Trivia Pemain Liga Super : Shahrul Saad

 


"Badak" mengetuai kumpulan "The Boss Gaurus"

    Trivia pemain Liga Super 2021 untuk kali ini kami akan mengupas sedikit info tentang pertahanan tengah dan juga kapten pasukan Perak FC , Mohd Shahrul Mohd Saad . Beliau yang lebih dikenali sebagai 'Badak' dikalangan peminat pasukan Perak ini merupakan tonggak pertahanan utama pasukan kebangsaan di bawah kendalian jurulatih Tan Cheng Hoe.



    Shahrul memulakan karier bola sepak beliau dengan menyertai pasukan akademi Perak sebelum dihantar menyertai pasukan Harimau Muda B selama satu musim dan Harimau Muda A selama 3 musim .Ketika bersama pasukan Harimau Muda A , beliau beraksi bersama pasukan di pentas S. League di Singapura.

    Selepas tamat tempoh bersama pasukan Harimau Muda , beliau mula mengorak langkah mengembangkan bakat beliau dengan pasukan Felda United selama satu musim sebelum pulang ke menyertai pasukan negeri kelahirannya , Perak FA .



    Ketika bersama pasukan Felda United , beliau sempat membuat 10 kali penampilan untuk pasukan dan berjaya menjaringkan satu gol.Ketika bersama pasukan Felda , beliau juga ditukarkan posisi dari pemain pertahanan tengah kepada pemain tengah bertahan ( DMF ) dibawah kendalian Irfan Bakti.



    Karier pemain berusia 27 tahun ini mula meningkat naik ketika bersama pasukan Perak sehingga mendapat kepercayaan dari jurulatih pasukan Perak untuk memakai lilitan kapten.Beliau juga dikatakan dikalangan peminat pasukan Perak bahawa Shahrul mempunyai sikap 'leadership' seperti bekas lagenda kapten Perak , Ahmad Shahrul Azhar.

                    


    Pemain yang mempunyai ketinggian 6 kaki ini telah membantu pasukan Perak sebelum ini memenangi Piala Malaysia pada tahun 2018 dan membawa pasukan Perak berada di kedudukan kedua pada tahun yang sama.Pada tahun yang sama juga beliau telah memenangi anugerah pemain pertahanan terbaik dengan mengalahkan pasangan beliau di skuad kebangsaan , Aidil Zafuan.



    Untuk penampilan di skuad kebangsaan , beliau telah membuat penampilan 40 kali bersama pasukan Harimau Malaya dan menyumbangkan 4 gol . Beliau mula membuat debut pertama beliau pada penghujung tahun 2015 , ketika itu pasukan negara dibawah kendalian Ong Kim Swee .

        


    Adik kepada pemain bola Shahrizal Saad dan Syamsul Saad ini pastinya akan terus memberi cabaran kepada semua penyerang pasukan lawan dengan gaya dan aksi beliau yang sentiasa konsisten setiap perlawanan.Semoga tahun 2021 ini , kita dapat lihat Shahrul Saad akan sekali lagi memimpin pasukan Perak FC memberi saingan di Liga Super dan pastinya membawa lebih banyak kejayaan kepada The Boss Gaurus.


Comments