Pemain kebangsaan Perancis , Paul Pogba awal pagi tadi telah membantu pasukan Red Devil untuk mengutip 3 mata dan membawa pasukan beliau menerajui takhta EPL dari tangan pasukan Liverpool.Gol volley cantik yang dilakukan beliau pada minit 71 itu berjaya dilakukan dengan cantik sekali selepas menerima hantaran lintang dari pemain sayap Man Utd , Marcus Rashford.
— Petro🇬🇷🇦🇺 (@PetroUtd) January 13, 2021
Perlawanan yang berlangsung di Turf Moor itu menyaksikan penguasaan penuh pasukan Man Utd ke atas pasukan Burnley . Pasukan Man Utd juga tidak memberi peluang langsung kepada pasukan lawan untuk membuat cubaan selepas tiada langsung serangan yang berjaya dilakukan oleh pasukan Burnley.
Momentum kemenangan yang diperoleh oleh pasukan yang digelar the Red Devil ini pastinya akan dibawa ketika bertemu pasukan Liverpool pada awal pagi isnin ( 18 Januari 2021 ) .Perlawanan tersebut pastinya menjadi perlawanan penting bagi mengetahui pasukan mana akan memimpin liga untuk separuh kedua musim EPL 2021 ini .
Kita dapat lihat momentum yang dibawa pasukan Man Utd dengan memperoleh 5 kemenangan dari 6 perlawanan dan berbeza untuk pasukan Liverpool yang agak goyah kebelakangan ini selepas kehilangan ramai pemain pertahanan.
Bagi pengurus pasukan Man Utd , beliau pasti mampu menarik nafas lega kerana di awal musim nama beliau kerap disebut bakal dipecat oleh ramai peminat pasukan Red Devil namun ternyata sekarang beliau nama disebut bakal mewarisi lagesi Sir Alex Ferguson.



Comments
Post a Comment