Fairuz Zakaria pelapis Rizal Ghazali ??

 

Credit: FB Kedah Darul Aman FC

Pemain baru tiba ke pasukan Kedah Darul Aman FC untuk musim 2021 ini ,Mohammad Fairuz bin Zakaria, telah mula disebut dikalangan penyokong KDA FC sebagai pelapis tonggak pasukan KDA FC ,Rizal Ghazali.

Mungkin beliau sebelum ini tiba sebagai 'backup' untuk Rizal Ghazali di posisi pertahanan kiri , namun disebabkan kecederaan yang dialami oleh Arif Farhan di saat akhir sebelum bermulanya Liga Super 2021 , beliau telah mengambil tempat sebagai pemain utama di posisi pertahanan kiri pasukan KDA FC.

Tidak mengambil masa yang lama ,kita dapat lihat pada perlawanan Piala Sumbangsih 2021 diantara KDA FC dan JDT , Fairuz berjaya mengekang pergerakan tonggak utama pasukan JDT ,Safawi Rasid dari membuat cubaan ke arah pintu gol pasukan KDA FC.




Walaupun tewas pada pasukan JDT pada perlawanan tersebut ,aksi beliau pada perlawanan itu telah menerima pujian dari kalangan penyokong bola sepak Malaysia terutama penyokong hijau kuning.Nama beliau terus tersenarai sebagai dalam kesebelasan utama walaupun pemain pengelaman dari pasukan KL City FC ,Fandi Othman tiba lewat ke dalam pasukan.

Untuk 5 perlawanan terakhir , beliau telah membuat 4 penampilan sebagai pemain kesebelasan utama dan 1 penampilan sebagai pemain gantian .Beliau juga telah membantu pasukan KDA FC untuk merekod 2 kali cleansheet ,ketika bertemu pasukan Sabah FC dan UiTM FC.


Beraksi kental dan mampu melakukan overlap , aksi Fairuz dikatakan persis seperti 'Tank' Rizal Ghazali dan mungkin kurang dari segi pengalaman kerana pemain ini masih muda.Mungkin dengan menyertai pasukan KDA FC ,beliau boleh menimba ilmu dari pemain senior seperti Rizal Ghazali dan Fandi Othman dan mungkin boleh menjadikan beliau antara  pemain yang mungkin menjadi pemain kesebelasan Harimau Malaya kelak.


Comments