Junior Eldstal Sarung Semula Jersi Harimau Malaya ??


 Setelah hampir 3 musim meninggalkan Liga Malaysia dengan merantau mewakili pasukan luar negara , kini nama beliau disebut kembali bagi menjadi pemain pasukan Harimau Malaya dalam mengharungi saingan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asian .

    Junior sebelum ini pernah bermain untuk pasukan Juara Liga Super , JDT selama 4 musim ini telah berkelana di Liga Scotland selama 2 musim ( hanya melakukan 3 penampilan ) dan kembali ke Asia dengan menyarung jersi pasukan Chonburi di Liga Thailand.

    


    Bermain bersama pasukan Chonburi,beliau telah menampilkan aksi yang memberangsangkan dengan turut menjaringan 1 gol untuk pasukan.Beliau yang kini menjengah usia 29 tahun ini bermain di posisi pertahanan tengah dan menjadi antara tonggak utama pasukan yang berpengkalan di Thailand itu.

    Pemain yang berdarah campuran Sweden/Malaysia ini sebelum ini telah menempa nama di dalam skuad kebangsaan ketika era jurulatih K Rajagopal.Beliau telah membuat 9 penampilan untuk skuad kebangsaan sebelum ini .

    Untuk panggilan Harimau Malaya era Tan Cheng Hoe , pastinya untuk memanggil semua Junior pastinya pilihan yang tepat kerana pasukan negara kekurangan pemain pertahanan yang berpengalaman seperti beliau.Selain Shahrul Saad dan Aidil Zafuan , pasukan Malaysia tiada lagi pemain pertahanan berpengalaman dalam mengemudi tembok pasukan.

    
Mungkin untuk panggilan bulan Jun ini , kita pastinya mengharapkan TCH untuk memanggil pemain ini mewakili Harimau Malaya dalam mengharungi baki saingan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia .Namun TCH sendiri pastinya mempunyai perancangan sendiri dan mungkin akan memantau dari masa ke semasa prestasi Junior Eldstal di pasukan Chonburi .





Comments