Baru baru ini skuad harimau malaya telah membuat kem latihan dalam persiapan untuk menghadapi perlawanan saingan Pialan Dunia/Piala Asia pada bulan Jun nanti.Beberapa muka baru dan lama telah dipanggil dalam mewakili kem latihan kali ini.
Untuk video kali ini, team SP ingin membuat sedikit rumusan mengenai 3 pemain yang berada di posisi pertahanan kanan pasukan Harimau Malaya.3 pemain tersebut adalah Matt Davies ( JDT ) , Syahmi Safari ( Selangor FC ) dan Rizal Ghazali ( KDA FC ).
Jika dilihat dari atas kertas , pastinya nama Matt Davies adalah calon utama untuk berada di kesebelasan utama berbanding Syahmi dan Rizal.Hal ini kerana pemain berdarah campuran Malaysia/Australia ini merupakan tonggak utama pasukan Juara Liga Super , JDT dan mempunyai pengalaman beraksi di liga luar negara.
Namun begitu kalau kita lihat dari setiap aspek ,ketiga tiga pemain yang dipilih oleh TCH ini mempunyai kelebihan masing masing.
Untuk bekas kapten pasukan Pahang , Matt Davies , kelebihan yang paling menonjol yang ada pada pemain ini pastinya hantaran jauh dan lintang yang tepat . Aksi hantaran beliau kerap kali memudahkan barisan hadapan memulakan gerak serangan ke kubu lawan.Selain itu ,Matt juga mempunyai kelajuan terutamanya ketika membantu bahagian serangan terutama ketika overlapping dari bawah.Tidak hairanlah pasukan Juara Liga Super , JDT mengambil beliau dari pasukan Pahang pada musim 2020 kerana pelbagai kemampuan dimiliki oleh pemain ini.
Untuk calon kedua yang bakal merebut posisi pertahanan kiri adalah Syahmi Safari.Anak jati Selangor ini mempunyai keupayaan rembatan deras selain larian deras dalam membantu serangan.Pemain ini juga mampu bermain di sayap kanan jika diperlukan.Beliau mempunyai lebih visi dalam menyerang jika dibandingkan dengan Matt dan Rizal.Baru berusia 23 tahun , pastinya beliau masih mampu untuk terus berkembang dan mungkin menjadi ayam tambatan untuk pasukan Harimau Malaya kelak.
Untuk calon terakhir , Rizal Ghazali , tonggak utama pasukan KDA FC sejak beberapa musim lalu kini telah dipanggil semula selepas kurang mendapat perhatian untuk tahun lepas.Mungkin dari segi aspek hantaran dan kelajuan ,pastinya kita dapat lihat Matt dan Syahmi mempunyai lebih kelebihan namun jika dilihat dari aspek bertahan , Rizal mungkin lebih dari 2 pemain tersebut.Mempunyai badan yang lebih tegap antara faktor utama melihat pemain ini lebih berkemampuan dari aspek bertahan.Pemain yang pernah memenangi pemain pertahanan terbaik ini pastinya ingin membuat penampilan semula di pentas antarabangsa selepas hampir 2 tahun tidak beraksi bersama skuad kebangsaan.
Namun begitu , ini hanyalah sekadar rumusan dari team SP dan mungkin peminat bola sepak negara mempunyai alasan dan mungkin pilihan yang mereka inginkan berada di posisi pertahanan kanan.Apapun pilihan TCH , kita harapkan pemain negara mampu memberi saingan dalam perlawanan kelayakan yang bakal berlangsung di UAE bulan Jun ini.




Comments
Post a Comment