Rating Pemain : Johor Darul Ta'zim vs Kedah Darul Aman

 Analisa Pemain : JDT vs KDA FC


Episod Liga Super 2021 musim ini masih sama seperti musim lepas dimana pasukan juara bertahan Liga Super 2021 memenangi untuk kali keempat berturut turut piala Sumbangsih.


Bermain di tempat sendiri , kita dapat lihat dominasi yang bakal ditunjukkan oleh pasukan JDT untuk musim ini di Liga Super.Berikut rating untuk pemain2 pada perlawanan ini.


***Analisa ini hanya pandangan peribadi team SP .****


JOHOR DARUL TA'ZIM


Farizal Marlias ( GK ) : 7


Sekali lagi diturunkan sebagai penjaga gol utama pasukan JDT .Untuk perlawanan malam tadi , boleh dikatakan Farizal tidak perlu berpeluh sepanjang perlawanan .Cubaan dari Kipre di awal minit 20 dengan cubaan singgah ke palang gol yang boleh dikatakan menggugat Farizal .Selepas itu ,pasukan KDA kurang cubaan berbahaya untuk menguji Farizal.


Matt Davies ( RB ) : 7


Aksi konsisten yang sama dibawa dari musim sebelum sebelum ini.Gabungan beliau bersama Safawi telah memberi begitu banyak masalah kepada pertahanan KDA.Beberapa hantaran berjaya dibuat oleh Matt Davies selain larian pantas yang dilakukan beliau mengalahkan pemain muda KDA ,Fairuz.


Corbin Ong ( LB ) : 8



Mimpi ngeri untuk pemain KDA , Faizat dan Rizal kerana sukar untuk menembusi pertahanan Corbin pada perlawanan tersebut.Jurulatih KDA turut membuat pertukaran pada separuh masa kedua dengan menukarkan Faizat dan meletakkan Rabih Ataya bagi mengasak Corbin.Bijak ketika bertahan dan mampu membantu serangan bersama Cabrera dari bahagian kiri.Corbin juga turut melakukan cubaan dari jarak jauh .


Aidil Zafuan ( CB ) :8


Kental dalam mengawal Awang Hitam KDA pada perlawanan ini.Beliau membayangi pergerakan Kpah sepanjang perlawanan dan menyukarkan penyerang KDA itu untuk memegang bola lebih lama.Hampir meletakkan nama sebagai penjaring gol namun cubaan beliau sedikit tersasar selepas penjaga gol KDA sudah tewas.


Mauricio ( CB ) : 7



Tugas yang sama seperti Aidil .Membayangi pergerakan Kpah terutamanya.Turut membayangi pergerakan Kpah sepanjang perlawanan.Berlaku pertengkaran dan menerima kad kuning di pertengahan separuh masa pertama.


Natxo Insa ( DMF ) : 9 ( MOM )



Kelas tersendiri.Itu perkataan yang mungkin boleh digunakan untuk pemain tengah pasukan JDT ini.Membantu ketika bertahan , mengawal sepenuhnya bahagian tengah , melakukan beberapa hantaran penting dan menjaringkan gol kedua pasukan JDT.Wajar dipanggil untuk pasukan kebangsaan akan datang.


Afiq Fazail ( CM ) : 7


Konsisten seperti biasa.Tidak banyak boleh diperkatakan.Banyak membantu menggerakkan bahagian tengah selain mengawal sepenuhnya pergerakan Rabih Ataya dari menyerang pada separuh masa pertama.


Leandro Velazquez ( CM ) : 8


Antara pemain berbahaya di atas padang.Pemain KDA kerap tewas dalam mengekang pergerakan pemain ini.Gol kedua bermula dengan gerakan Leandro mengelecek dua pemain sebelum hantaran untuk Natxo.Hampir menjaringkan gol namun cubaan terkena palang gol pada awal perlawanan.


Gonzalo Cabrera ( LWF ) : 7



Beberapa percubaan berjaya dilakukan namun kebanyakan dari jarak jauh.Kurang mengelecek ke dalam kotak penalti kerana dikawal ketat oleh Rizal namun masih mampu memberi ancaman kepada pasukan KDA.


Safawi Rasid ( RWF ) : 8


Penjaring gol pertama pasukan JDT.Berjaya melakukan beberapa cubaan sebelum berjaya menjaringkan gol dari half turn yang cantik.Mungkin mengalami sedikit kecederaan pada separuh masa kedua kerana agak tenggelam.


Fernando Rodriguez ( CF ) : 6


Bermain sebagai pengganti penyerang musim lepas , Diogo ,pastinya banyak bakal diperkatakan oleh peminat JDT.Mempunyai role berbeza , pastinya aksi beliau dan Diogo dulu sangat berbeza.Lebih banyak berlegar di kawasan KDA namun hanya satu cubaan berbahaya sahaja berjaya dilakukan.


Sub : Arif Aiman ( 7 ) , Safiq Rahim ( 6 ) , Hariss Harun ( 6 ) , Ramadhan Saifullah , Hazwan Bakri


KEDAH DARUL AMAN FC


Ifwat Akmal ( GK ) : 6


Tewas dengan half turn dari Safawi pada separuh masa pertama.Hampir tewas dengan dua cubaan pemain JDT yang menyinggah ke palang go.Cedera di awal separuh masa kedua akibat pelanggaran bersama Safawi.


Rizal Ghazali ( RB ) : 6


Tewas beberapa kali dengan aksi licik Corbin ,Leandro dan Cabrera .Namun larian deras dari sebelah kanan masih mengancam pertahanan JDT dan berjaya melakukan satu cubaan.Separuh masa kedua lebih banyak menyerap serangan dari JDT.


Fairuz Zakaria ( LB ) : 5


Penampilan pertama pemain muda untuk pasukan KDA .Bermain di bukan posisi utama pastinya memberi sedikit kesukaran.Mampu menyerap serangan terutamanya dari gandingan Matt Davies dan Safawi .Namun kurang membantu serangan dan kerap hilang bola.


Rodney Celvin ( CB ) : 7


Antara pemain terbaik pasukan KDA untuk perlawanan ini.Mengunci sepenuhnya pergerakan Fernando dan menang perlawanan di udara.Kerap menghalang beberapa cubaan pemain JDT .


Syazwan Tajudin ( CB ) : 7


Kembali menyarung jersi KDA untuk kali kedua dan mengambil posisi penting.Berjaya beraksi dengan baik walaupun tewas dua kali .Kerap kali menghalang pasukan JDT dari menyerang dari bahagian tengah terutamanya.Cedera pada penghujung perlawanan.


Anumanthan Kumar ( DMF ) : 6


Seorang lagi pemain baru yang membuat penampilan pertama di perlawanan besar.Kurang kreatif ketika melakukan hantaran namun mampu menyerap beberapa serangan JDT dari bahagian tengah.


Baddrol Bakhtiar ( CM ) : 5



Kapten pasukan KDA FC.Sempat melakukan cubaan jarak jauh namun kerap kehilangan bola terutama ketika berhadapan Natxo.Banyak berlegar di kawasan pertahanan dalam membantu menyerap serangan JDT.


Rabih Ataya ( CM ) : 7


Kelihatan agak gugup pada awal perlawanan namun berani untuk memegang bola lebih lama.Bijak dalam merangka serangan terutama ketika melakukan hantaran jauh.Ditukar di posisi sayap pada separuh masa kedua namun agak tenggelam.


Kipre Tchetche ( LWF ) : 6


Bermain di posisi sayap kiri , larian deras beliau banyak memulakan beberapa gerak serangan.Cubaan di pertengahan separuh masa pertama hampir meletakkan KDA di hadapan namun cubaan beliau singgah di palang gol sahaja.Tenggelam di separuh masa kedua dan ditukar dengan Syazwan.


Faizat Ghazli ( RWF ) : 5


Tenggelam pada perlawanan ini.Tidak mampu melakukan sebarang ancaman kepada JDT.Sepanjang separuh masa pertama , gerakan beliau dibayangi sepenuhnya oleh Corbin Ong.Ditukarkan pada separuh masa kedua.


Kpah Sherman ( CF ) : 5


Kurang memberi ancaman kepada pemain pertahanan JDT.Kerap dipintas oleh JDT ketika membawa bola.Pada perlawanan tersebut ,beliau gagal untuk melakukan cubaan berbahaya.


Sub : Shahril Saari (5) , Fadzul Danel(5),Rozaimi Rahman (6) , Amirul Hisham (5) . Syazwan Zainon (5) .



Comments