Pada perlawanan malam tadi melihatkan pasukan dari utara , Kedah Darul Aman FC tewas kepada pasukan dari pantai timur , Terengganu FC dengan KDA FC hanya berjaya menjaringkan 1 gol dan Terengganu FC berjaya menjaringkan 2 gol.
Pada perlawanan itu, terdapat lima sebab kenapa pasukan yang dipimpin oleh jurulatih Singapura , Aidil Sharin Sahak tidak berjaya memperoleh kemenangan ke lima berturut turut.Berikut 5 sebab team kami senaraikan.
1. Taktikal terlampau Direct
Taktikal yang digunakan oleh Aidil Sharin sebelum ini sama seperti 2 musim sebelum ini ketika beliau memimpin pasukan KDA FC iaitu lebih menggunakan taktikal yang lebih direct , memberi bola kepada pemain sayap atau tengah dan terus hantar ke penyerang.Corak permainan seperti ini pastinya mudah untuk dibaca oleh jurulatih TFC , Nafuzi Zain dalam mengawal corak permainan seperti ini.Hasilnya kita dapat lihat pasukan KDA FC hilang fokus pada separuh masa kedua terutama pada 30 minit pertama separuh masa kedua.
2.Pemain Sayap TFC
Faisal Halim dan Hakimi pastinya merupakan antara punca pasukan TFC berjaya merobek bahagian pertahanan pasukan KDA.Kita dapat lihat pada perlawanan ini , Arif Farhan dan Fandi Othman tidak berjaya mengekang serangan dari kedua pemain ini terutama jika dilihat dari kepantasan larian kedua dua pemain ini.Kita dapat lihat sebelum jaringan kedua ,Faisal Halim telah menguji bahagian pertahanan KDA FC dari sebelah kiri sebanyak 2 kali dalam masa 5 minit .Disitu kita lihat KDA FC lambat untuk menutup kesilapan tersebut sehinggalah kali ke tiga Faisal Halim berjaya mencetus gerakan sebelum melorong kepada pertahanan kanan TFC , Azmi untuk menjaringkan gol kemenangan.
3.Kpah Sherman dirantai
Untuk perlawanan malam tadi ,kita dapat lihat kelibat penyerang utama pasukan KDA FC seperti dirantai sepenuhnya.Hanya berjaya melakukan 2 cubaan ( 1 tandukan di separuh masa pertama , 1 sepakan tersasar di penghujung perlawanan ) . Gerakan beliau kerap dihalang oleh kapten pasukan TFC , Carli de Murga , sehingga Kpah sendiri beberapa kali terpaksa turun untuk meminta bola terutama pada separuh masa kedua.
4.Emosi Pemain
Perlawanan antara KDA FC dan TFC malam tadi pastinya terdapat babak2 kontroversi terutama di penghujung perlawanan ketika KDA FC ingin mencari gol penyamaan.Kita dapat lihat beberapa keputusan pengadil telah mencetus ketidakpuasan hati pemain sehingga 2 orang pemain KDA FC telah dilayangkan kad merah dalam minit yang sama.
5.Faktor Keletihan
Faktor keletihan di kalangan pemain mungkin antara punca pemain KDA FC kurang cemerlang untuk perlawanan ini.Kita boleh lihat dalam senarai kesebelasan utama pasukan KDA FC , boleh dikatakan senarai yang sama untuk kesemua perlawanan yang dihadapi di Liga Super 2021 dan hal ini kemungkinan kekurangan dari segi Skuad Depth sendiri.Mungkin jurulatih KDA FC selepas ini perlu mencuba pemain muda mereka seperti Aiman Afif , Tam Sheang Tsung , Zulkhairi dan Loqman Hakim.




Comments
Post a Comment