Bergson mampu merobek rekod Mohammed Ghaddar?

 


    Gol dan gol.Itu pastinya sahutan khas untuk penyerang baru pasukan JDT musim ini ,Bergson Da Silva.Pemain yang tiba ke selatan tanah air di penghujung tarikh tutup pendaftaran pemain untuk musim 2021 , beliau nampak seperti penyerang yang tangkap muat bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Diogo dan Herrera ( pada mulanya untuk dijadikan penyerang utama pada musim 2021 namun mendapat tawaran lumayan dari kelab di negara kelahirannya ) .

    Sebelum ketibaan Bergson , penyerang utama diisi oleh penyerang import untuk pasukan JDT 2 , Fernando Rodriguez , bekas penyerang pasukan Kedah .Aksi yang ditampilkan oleh Fernando seperti kurang berkesan dan menyengat di bahagian serangan kerana mungkin pemain 'target man' tidak sesuai dengan strategi Benjamin Mora , jurulatih pasukan JDT.Fernando hanya menjaringkan 1 gol sahaja dalam 3 penampilan untuk pasukan JDT di awal musim.

    Bergson yang tiba dua hari sebelum perlawanan menentang UiTM FC , masuk sebagai pemain gantian pada perlawanan tersebut telah menunjukkan taring beliau sebagai seorang mesin gol.Beliau telah mencatat nama dalam senarai penjaring dalam perlawanan tersebut bersama sama Arif Aiman,Cabrera dan Syamer Kutty.


    Untuk perlawanan seterusnya ketika menentang Selangor FC ,beliau telah menjadi penyelamat pasukan dengan menjaringkan gol penyamaan.Beliau juga mempunyai peluang menjadi wira pasukan dengan memberikan kemenangan untuk pasukan namun sepakan penalti beliau telah diselamatkan oleh penjaga gol Selangor FC , KhairulAzhan Khalid.

    Selepas itu , pada perlawanan menentang pasukan Perak FC , beliau tidak menjaringkan sebarang gol namun selepas perlawanan tersebut , beliau telah menjaring 2 gol dalam setiap perlawanan seterusnya iaitu ketika menentang Melaka United , PJ City dan Sabah FC.


    Terdapat beberapa jaringan beliau menunjukkan kemahiran beliau dalam menjaringkan gol berkelas dunia dengan kedua dua kaki beliau mampu digunakan untuk menjaringkan gol.Beliau juga mampu melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti.Keupayaan ketika offball juga banyak membantu rakan pasukan dalam merencana pelbagai bentuk serangan.Kita dapat lihat jaringan kedua Bergson pada perlawanan menentang PJ City , gandingan beliau bersama Cabrera wujud melalui visi ketika offball.

    Diharapkan TMJ dapat mengambil pemain ini secara tetap kerana beliau sekarang dalam status pinjaman sehingga bulan 4.Jika beliau pulang kembali kepasukan lama beliau ,sukar untuk mencari penyerang mesin gol seperti beliau.Mungkin jika beliau kekal bersama pasukan JDT untuk musim ini dan menunjukkan prestasi cemerlang setiap perlawanan , rekod Ghaddar 23 gol itu tidak mustahil bakal dimusnahkan oleh Bergson.

Editor : Heroro SP


Comments