Bergson vs Ifedayo : Siapakah Lebih Berbisa ?

 Perlawanan Liga Super 2021 hampir menghampiri ke separuh musim dan minggu depan adalah perlawanan terakhir bagi pusingan pertama Liga Super musim ini.Seperti musim sebelum ini , pasukan JDT masih berada di puncak memimpin liga.Namun untuk penulisan SP kali ini , bukanlah pasukan yang ingin dicoretkan tetapi individu yang memimpin carta penjaring terbanyak liga setakat ini iaitu penyerang utama pasukan JDT , Bergson Da Silva dan bekas pemenang penjaring terbanyak musim lepas ,Ifedayo Olusegun ,penyerang berbisa pasukan Selangor FC.

Setakat 10 perlawanan Liga Super 2021 , kedua dua penyerang ini telah berkongsi jumlah jaringan yang sama iaitu 9 gol namun jika dikira dari sudut penampilan ,pastinya Bergson lebih mendahului kerana penampilan Bergson untuk pasukan hanyalah 8 penampilan sahaja berbanding Ifedayo yang telah membuat 10 penampilan musim ini.

Namun begitu , teknik penyudah kedua mereka ini memang tidak boleh diragui lagi dan terbukti keduanya antara yang terbaik di Liga Super musim ini.

Bagi penyerang JDT , Bergson adalah antara penyerang JDT yang berjaya menjaringkan gol untuk 3 perlawanan berturut turut dan antara penggempur terbaik semenjak Jorge Pereyra Diaz meninggalkan pasukan.

Keupayaan Bergson menggunakan kaki kiri beliau antara kelebihan terbaik yang dimiliki oleh pemain ini.Pastinya sukar untuk pihak lawan meneka apa skill atau rembatan dari kaki mana yang Bergson akan lalukan.Kita dapat lihat beberapa jaringan beliau untuk musim ini hadir dari rembatan kaki kiri beliau dan terdapat rembatan tersebut luar dari kotak penalti.

Selain itu ,Bergson mempunyai visi yang hebat kerana ketika "offball" beliau mampu untuk mencari ruang dan memberi peluang kepada rakan pasukan memberi lorongan bola kepada beliau.Kita dapat lihat gol kedua Bergson ketika menentang pasukan PJ City FC baru baru ini , 

Berbeza dengan penyerang Selangor FC , beliau lebih bertindak sebagai penyerang jenis "Poacher" dan perlukan bantuan sepenuhnya dari rakan sepasukan dalam memburu gol.Namun begitu , sebagai seorang poacher , Ifedayo bijak mencari ruang dan kedudukan untuk menunggu hantaran dari rakan pasukan beliau.Beliau juga mempunyai keupayaan tenang bila berhadapan 1 on 1 dengan penjaga gol .

Selain itu , Ifedayo turut memiliki kepantasan larian yang mungkin sukar untuk pemain pertahanan lawan mengejar pemain ini.Kepantasan ini ditambah dengan ketenangan beliau menghadapi penjaga gol menjadikan beliau begitu tajam di depan pintu gol.

Walaupun kedua dua penyerang import ini berbeza teknik namun penyudah mereka tetap antara yang terbaik di Liga Super 2021.Pastinya penonton Liga Malaysia khusunya ingin melihat lagi jika pertarungan kedua dua penyerang ini bakal berkesudahan sehingga hujung musim atau terdapat penyerang lain dari pasukan lain yang menewaskan mereka berdua dalam mengejar Anugerah Penjaring Gol Terbanyak Liga Super musim 2021.

Comments