Cabaran Utama Pemain Liga Malaysia Di Bulan Puasa

Liga Malaysia telah bermula selama 3 bulan ( termasuk bulan 4 ) dan kini perlawanan bakal dilangsungkan di bulan Ramadhan tidak lama lagi.Untuk pemain dan barisan kejurulatihan pasukan Liga Malaysia yang beragama Islam , pastinya bila tiba bulan puasa , kudrat dan keringat yang bakal digunakan dalam latihan dan perlawanan perlu 'lebih' dari biasa.

1. Perlawanan Liga Super bermula Lewat Sejam

Kita semua maklum perlawanan Liga Super akan bermula lewat sejam dari bulan bulan biasa iaitu pukul 10 malam manakala jika perlawanan di Sabah pada pukul 9.15 malam.Hal ini mungkin memberi peluang kepada pemain dan kakitangan pasukan bola sepak untuk menunaikan solat terawikh . Mungkin hal ini boleh menyebabkan konsentrasi pemain kurang dengan bermain pada waktu lain( lewat malam )

2. Latihan Lebih Tertumpu di Malam Hari


Untuk bulan puasa ,kebanyakan pasukan akan berlatih ketika waktu malam ( siang hari berpuasa ) dan kemungkinan sampai lewat malam.Hal ini pastinya mengurangkan waktu tidur untuk pemain bola sepak khususnya dan mereka perlulah merancang dengan tepat waktu tidur bagi mendapat rehat yang cukup dalam menyediakan stamina dalam menempuh perlawanan kelak.

3. Stamina Pemain

Mungkin untuk bulan puasa ,stamina pemain khususnya yang beragama Islam lebih teruji kerana perlu berpuasa di siang hari dan latihan pasukan di malam hari.Namun begitu , perlawanan di bulan puasa tidaklah banyak seperti bulan biasa kerana hanya satu perlawanan sahaja setiap minggu.Namun jika bermain di tempat lawan , agak penat sedikit jika perlu 'travel' dalam jarak yang jauh ketika berpuasa.


Comments