Disiplin Pertahanan TFC musnahkan Rekod JDT

Malam tadi berlangsung perlawanan antara pasukan yang berada di tangga pertama dan kedua di liga Super , Johor Darul Ta'zim melayan kunjungan Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim.Perlawanan ini antara mencatat rekod tontonan tertinggi di youtube dengan jumlah tontonan lebih 200k .


Perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan untuk pelawat dengan jaringan 1 berbalas 0 ini telah menjadikan TFC merupakan pasukan pertama yang mencatat kemenangan di Stadium Sultan Ibrahim dan merupakan kekalah pertama pasukan JDT sejak tahun 2019.

Jaringan kemenangan pasukan TFC telah dijaringkan oleh pemain muda TFC , Hakimi Abdullah pada minit 57 hasil dari kesilapan yang dilakukan oleh pertahanan JDT . Selepas jaringan tersebut ,pasukan JDT terus meningkatkan momentum serangan dengan memasukkan sekali pemain terbaik mereka musim lepas , Safawi Rasid namun disiplin tinggi pertahanan TFC telah menangkis semua serangan JDT.

Kita dapat lihat pertahanan pasukan TFC yang diketuai oleh kapten pasukan mereka , Carli de Murga telah menangkis beberapa hantaran cantik yang dilakukan selain bahagian sayap ,Faisal Halim dan Hakimi Abdullah yang sentiasa bersedia untuk melakukan counter attack dan menunggu sebarang kesilapan yang dilakukan oleh pertahanan JDT.

Kita dapat lihat beberapa pemain JDT seperti Natxo , Leandro dan Cabrera kurang menjadi untuk perlawanan ini dan kerap melakukan beberapa kesilapan .Namun pujian harus diberikan kepada Arif Aiman , Bergson dan Matt Davies kerana mereka antara individu yang kerap mengancam pintu gol lawan sehingga beberapa kali cubaan namun nasib yang tidak menyebelahi mereka.

Mungkin dengan kekalahan ini jurulatih JDT , Benjamin Mora dapat membuat satu post mortem perlawanan antaran TFC malam tadi dan mungkin boleh memberi peluang kepada Hariss Harun ,Nazmi Faiz dan Safiq Rahim untuk merubah corak permainan pasukan JDT untuk menyukarkan pihak lawan membaca permainan JDT.




Comments