Pada perlawanan KDA FC vs TFC semalam , pemain muda pasukan KDA FC ,Fadzrul Danel , telah dilayangkan kad merah pada penghujung perlawanan tersebut berikutan tindakan beliau menolak pengadil perlawanan .
Selepas kejadian menolak pengadil oleh Natxo Insa dari pasukan JDT tempoh hari , pastinya hukuman yang bakal diterima oleh pemain muda KDA FC ini lebih berat kerana beliau telah menolak pengadil sebanyak 3 kali.Kemungkinan besar hukuman beliau ialah digantung 5 perlawanan serta merta ( minimum ) atau 6 bulan .
Kita dapat lihat juga dimana Farizal Marlias sebelum ini pernah digantung perlawanan oleh pihak AFC ketika perlawanan JDT menentang di Piala AFC.Ketika itu Farizal telah digantung selama setahun dari sebarang aktiviti bola sepak dan turut didenda sebanyak 40 ribu dollar.Semestinya hukuman menolak pengadil perlawanan adalah sangat berat jika berlaku.
Untuk pemain seperti Fadzrul Danel yang masih panjang lagi tempoh dalam karier bola sepak ,pastinya ia satu kerugian untuk beliau .Selain dicatat didalam rekod peribadi , beliau pastinya tidak dapat beraksi dalam pasukan dan tidak dapat membantu pasukan KDA dalam mengejar JDT untuk Liga Super 2021.KDA FC sendiri boleh dikatakan agak kurang dari segi skuad depth .
Diharapkan selepas ini Fadzrul dapat mengawal lebih baik emosi terutama ketika berlaku kejadian yang mungkin keputusan pengadil tidak adil dan hal ini mungkin bukan untuk Fadzrul tapi untuk semua pemainbola sepak Malaysia khususnya.



Comments
Post a Comment