Pada perlawanan KDA FC bertemu TFC , pemain muda pasukan TFC yang bermain di sayap kiri pasukan , Hakimi Abdullah telah menunjukkan aksi yang memukau dan ramai peminat bola sepak tanah air menyamakan larian tersebut seakan larian dari pemain Spurs, Gareth Bale.
Pemain yang baru berusia 21 tahun ini telah melakukan kuisan kedepan dan mengejar bola tersebut meninggalkan dua orang pertahanan KDA FC , Amirul Hashim dan Arif Farhan dan berjaya mengawal bola kembali walaupun cubaan untuk hantaran ke tengah tidak berjaya.
Aksi pemain ini pastinya menggembirakan penyokong TFC kerana mereka mempunyai bintang baru untuk pasukan setelah ramai pemain yang telah dirombak pada penghujung musim 2020.Kepantasan larian yang dimiliki beliau pastinya akan menjadi titik mula untuk beliau mengintai dalam mendapat tempat dalam skuad Harimau Malaya.
Mungkin jika beliau sentiasa mempamerkan aksi seperti bertemu KDA FC , tidak mustahil nama beliau antara dipanggil membarisi pasukan skuad Harimau Malaya pada hujung bulan Mei nanti bersama seorang lagi rakan sepasukan beliau , Faizal Halim.

Comments
Post a Comment