Malam tadi berlangsung perlawanan diantara Sri Pahang FC dan Johor Darul Ta'zim dengan berkesudahan JDT memenangi perlawanan tersebut dengan 2 0 .Perlawanan yang boleh dikatakan epik sebenar berlangsung di Darul Makmur dan disaksikan oleh penyokong setia Sri Pahang FC.
Perlawanan yang berlangsung semalam menyaksikan pasukan Sri Pahang FC turun tanpa tonggak pertahanan mereka , Herould Goulon yang dilanda kecederaan.Perlawanan yang berlangsung semalam dilewatkan sejam iaitu bermula jam 10 sempena menghormati bulan puasa dan memberi laluan kepada pemain yang beragama Islam untuk menunaikan terawikh.
Aksi kedua dua pasukan semalam boleh dikatakan seimbang walaupun pada mula nampak pasukan JDT bertubi tubi menyerang ke kubu lawan namun pertahanan Sri Pahang mampu menyerap serangan pasukan lawan.Sri Pahang turut mempunyai banyak peluang namun kecekapan Farizal Marlias menyelamatkan pintu gol dan ketumpulan barisan serangan pasukan Sri Pahang FC banyak mengsia siakan peluang mereka.
Minit 23 , Gonzalo Cabrera berjaya meletakkan pasukan JDT berada di hadapan dengan jaringan hasil hantaran cantik dari Bergson sebelum disudahkan dengan tenang oleh Cabrera.Pada minit 33 , tercetus insiden panas dimana Cabrera tidak puas hati dengan keputusan pengadil dan ada menolak sedikit namun tiada hukuman dikenakan terhadap beliau.
23' GOL | Leandro Velazquez membuka tirai jaringan di Stadium Darul Makmur!@OfficialPahang 0-1 @OfficialJohor #LigaSuper2021 pic.twitter.com/atb9nwpFXc
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 16, 2021
Pada minit ke 69 , pasukan Sri Pahang FC telah kehilangan seorang pemain selepas Mohamad Ezanie dilayangkan kad kuning kedua selepas membuat bentesan terhadap Cabrera.Selain itu , pasukan JDT turut memasukan pemain terbaik mereka musim lepas ,Safawi menggantikan Aiman pada minit 70.
20 minit terakhir perlawanan menyaksikan pasukan JDT melakukan gerak serangan bertubi tubi sehingga pada penghujung perlawanan pasukan JDT berjaya mendapatkan jaringan kedua melalui gerakan cantik penyerang import mereka , Bergson .Beliau berjaya mengelecek 2 pemain Sri Pahang sebelum melakukan rembatan tepat dan menewaskan penjaga gol Sri Pahang , Zarif Irfan pada minit ke 94.
90+4' GOL | Bergson menambah gol kedua JDT!@OfficialPahang 0-2 @OfficialJohor #LigaSuper2021 pic.twitter.com/7Fophh6mug
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 16, 2021
Kekalahan ke enam untuk pasukan Sri Pahang FC telah meletakkan pasukan berada di kedudukan dua terakhir , diatas pasukan UITM.Bagi jurulatih pasukan Sri Pahang FC , ia pastinya sesuatu yang sukar untuk beliau dalam menurunkan pasukan tanpa barisan import kerana ketika bertemu pasukan JDT beliau hanya menurunkan 2 orang sahaja pemain import .
Untuk isu pengadilan ,kejadian menolak pengadil masih lagi berlaku dikalangan pemain bola sepak.Mungkin benar ada beberapa keputusan pengadil kurang memuaskan hati para pemain namun para pemain wajar untuk menghormati setiap keputusan dan jaga tingkah laku kerana akhir kelak pemain dan pasukan akan rugi jika terdapat hukuman menimpa mereka.

Comments
Post a Comment