Impak Fayadh Selamatkan KDA FC dari tewas di tangan Perak FC

 Perlawanan yang berlangsung di Stadium Ipoh malam tadi menyaksikan pertempungan dua pasukan dari utara berkongsi satu mata dimana kedua dua menjaringkan satu gol.



    Pemain pasukan Perak FC yang berkeinginan mengutip 3 mata kerana bermain di laman sendiri telah menunjukkan nafsu memburu gol sejak minit pertama.Beberapa percubaan berjaya dilakukan oleh pasukan Perak FC yang diketuai oleh penyerang naturalisasi mereka , Guilherme de Paula namun ketangkasan penjaga gol KDA FC telah menyelamatkan pasukan KDA FC dari dibolosi.

    Pasukan KDA FC cuba melakukan beberapa serangan namun gandingan Kippre dan Kpah Sherman di separuh masa mata kurang impak dan hanya mampu melakukan satu cubaan sahaja .Pada separuh masa pertama boleh dikatakan bola lebih dikuasai oleh pasukan Perak FC dan jentera tengah pasukan KDA FC seperti kurang kreativiti dan aksi tonggak utama pasukan KDA FC sendiri , Rabih Ataya seperti agak longlai di separuh masa pertama.

    Bermula di separuh masa kedua , Fayadh Zulkifli telah dimasukkan menggantikan Rabih Ataya.Namun begitu di awal 5 minit pertama menyaksikan beberapa cubaan telah berjaya dilakukan oleh Perak FC namun masih belum menemui jaringan.Namun , pada minit ke 58 . Guilherme berjaya meletakkan pasukan The Boss Gaurus dihadapan selepas keadaan kelam kabut di depan pintu gol bermula dari gerakan sepakan penjuru.

    Selepas ketinggalan ,pasukan KDA FC telah menaikkan intensiti dan mula melakukan beberapa gerakan serangan.Impak Fayadh Zulkifli juga boleh dikatakan punca intensiti pasukan KDA FC meningkat selepas pemain muda KDA FC banyak melakukan gerakan dan berani membawa bola ke depan.Fayadh juga turut mempamerkan aksi gelicik yang cemerlang dan gerakan beliau hampir membantu pasukan KDA FC menyamakan kedudukan namun ketangkasan Hafizul Hakim telah menggagalkan cubaan Kipre Tchetche.

    Selepas beberapa cubaan dilakukan ke kubu Perak FC,pada minit 79 , Kpah Sherman berjaya melakukan jaringan penyamaan hasil hantaran cantik oleh Kipre Tchetche.KDA FC juga hampir berjaya mendapatkan jaringan kemenangan selepas rembatan jarak jauh dari kapten pasukan KDA FC , Baddrol Bakhtiar terkena tiang gol selepas Hafizul Hakim telah pun tewas.

    Tamat 90 minit perlawanan , pasukan Perak FC dan KDA FC hanya mampu berpuas hati setelah berkongsi mata .Namun pujian harus diberikan kepada Fayadh Zulkifli kerana menjadikan separuh masa kedua pasukan KDA FC lebih kemas dari aspek serangan dan boleh dikatakan beliau layak diberi pemain terbaik perlawanan walaupun masuk di separuh masa kedua.Selain itu pujian juga harus diberikan kepada Loqman , pemain muda pasukan KDA FC yang cemerlang mengemudi pertahanan selepas pasukan KDA FC telah kehilangan Renan Alves ,Syazwan Tajudin dan Rodney Celvin.


Comments