Isu Pakaian Jurulatih : Siapakah yang silap??

 Baru baru ini hangat isu pakaian para jurulatih ketika berada di perlawanan Liga Malaysia selepas bekas pemain kebangsaan , Khalid Ali tidak berpuas hati mengenai penampilan beberapa jurulatih dan pegawai pasukan semasa perlawanan liga Super melalui laporan di Berita Harian.



Menurut beliau , pemakaian seperti seluar jeans lusuh tidak sesuai dengan status liga professional dan hal ini akan menyebabkan rosak imej Liga Malaysia.

Hal ini telah kecoh di kalangan netizen dan beranggapan hal kecil seperti ini telah diperbesarkan seperti tiada isu lain yang boleh dikatakan.Namun begitu , tidak salah apa bekas pemain kebangsaan meluahkan namun perlu diteliti bagaimana yang dikatakan menjatuhkan imej menurut buku manual Liga Malaysia MFL, muka surat 23 Artikel 3 Peraturan Teknikal (3.17.6) seperti rajah bawah.



Namun pastinya isu ini akan terus menuduh keatas dua orang jurulatih yang kerap menggayakan jeans lusuh iaitu jurulatih pasukan Selangor ,  Karsten Neitzel , dan jurulatih pasukan Kedah FC , Aidil Sharin Sahak .



Namun beberapa hari lepas , jurulatih Kedah , Aidil Sharin telah mengeluarkan kenyataan di dalam instagram miliknya dengan menyatakan jurulatih luar negara seperti Pep Guardiola turut memakai jeans dan adakah dengan berpakaian begitu menjadikan EPL liga kampung seperti kenyataan Khalid Ali.Beliau turut memaparkan gambar jurulatih Klopp dalam kenyataan beliau yang turut mengenakan pakaian jeans ketika perlawanan di Liga Eropah.


Jadi dipihak ini ,siapakah yang perlu dipersalahkan ?? Bagi team SP isu ini tidak perlu diperbesarkan kerana terdapat isu yang lebih besar seperti isu gaji dan kebajikan pemain dan kakitangan yang perlu diberi keutamaan.Mungkin dengan berpakaian kemas sudah memadai untuk menjaga imej pasukan dan liga Malaysia.




Comments