Malam tadi berlangsung perlawanan antara KDA FC menentang KL City FC dan berkesudahan KDA FC berjaya memperoleh 3 mata penuh di laman sendiri.Namun begitu , pasukan tuan rumah perlu bermandi peluh sebelum berjaya memperoleh kemenangan di minit akhir masa tambahan jaringan penyerang dari Ivory Coast.
Beraksi tanpa penyerang utama mereka , KDA FC masih seperti perlawanan sebelum sebelum ini dimana bermain dengan taktikal direct yang menggunakan hantaran jauh yang dihantar terus ke penyerang melalui pemain tengah dan sayap.Tempo permainan pasukan KDA FC juga masih sama yang diterapkan dalam taktikal Aidil Sharin untuk pasukan sejak perlawanan pertama Liga Super 2021 lagi.
Kita dapat lihat pasukan KDA FC lebih berhati hati ketika di separuh masa pertama dan akan menggunakan intensiti tinggi di 20 minit terakhir.Hasilnya kita dapat lihat beberapa perlawanan sebelum ini pasukan KDA FC lebih kerap menjaringkan gol di 20 minit terakhir dibandingkan dengan separuh masa kedua.
Selain itu ,penggunaan 'fresh leg' dalam taktikal sebelum ini banyak memberikan kelebihan kepada taktikal pasukan KDA FC.Kita dapat lihat pasukan lawan agak sukar untuk menyaingi pasukan KDA FC apabila beberapa pemain baru dimasukkan selepas separuh masa pertama dan mementum serangan turut ditambah.Antara supersub yang kerap digunakan dalam menyerang adalah Fayadh Zulkifli dan Azamuddin Akil.
70' GOL | Gol penyamaan Kedah Darul Aman FC dijaringkan oleh Fayadh Zulkifli Amin!@kda_fc 1-1 @KLCityFootball #LigaSuper2021 pic.twitter.com/DiC7vX8S6I
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 23, 2021
Adakah selepas ini pasukan KDA FC kekal menerapkan aksi seperti ini sehingga penghujung musim? Berbeza dengan taktikal JDT yang menggunakan pressing dari minit pertama dan menggunakan kelebihan 5 pertukaran jika ada pemain yang letih.
Walaubagaimana pun, kita sedia maklum kebijaksanaan Aidil yang kerap menukar corak formasi dan beliau juga antara jurulatih di Liga Super yang berani mencuba pelbagai formasi.Mungkin dengan hadir Renan Alves dan beberapa pemain yang pulih dari kecederaan akan memberi lebih ruang kepada taktikal Aidil dalam merencana serangan dari minit pertama.



Comments
Post a Comment