KDA FC 'mengganas' di Masa Kecederaan

    Perlawanan malam tadi menyaksikan pasukan KDA FC melayan kunjungan City Boys , KL City FC di stadium keramat mereka , Stadium DarulAman.Perlawanan kali ini antara perlawanan dramatik yang dilakukan oleh pasukan KDA FC untuk musim ini .

    Bermain tanpa penyerang utama,Kpah Sherman,pasukan KDA FC meletakkan pasangan Kpah , Kipre Tchetche sebagai penyerang utama dibantu oleh Faizat Ghazli dan Syazwan Zainon yang kembali pulih dari kecederaan dalam merobek jaring KL City FC.Manakala pasukan KL City FC turut turun tanpa penyerang tonggak mereka , Dominique da Sylva yang masih lagi bergelut dengan kecederaan.

    Separuh masa pertama perlawanan ini menyaksikan kedua dua pasukan lebih berhati hati dan dapat lihat pasukan tuan rumah lebih banyak menyerap asakan dari pasukan KL City FC yang serangan mereka diketuai oleh bekas pemain Kedah sendiri ,Hadin Azman.Beberapa gerakan Hadin dari sebelah kanan beberapa kali telah mengucarkacirkan bahagian pertahanan pasukan KDA FC.Manakala pasukan KDA FC , skrip yang sama masih digunakan untuk perlawanan ini dengan tempo permainan yang lebih berhati hati dan kurang kreativiti untuk tonggak serangan dalam memecah tembok KL City FC.

    Selepas rehat separuh masa, pasukan KL City FC dilihat menambah momentum serangan ke kubu KDA FC dan hasilnya Paulo Josue berjaya menjaringkan gol di minit 50 hasil rembatan cantik dari luar kotak penalti.Tersentak dengan jaringan KL City FC , pasukan KDA FC telah meningkat intensiti dan cuba menukar corak permainan dengan lebih menyerang.Mereka turut memasukkan Fadzrul Danel dan Azamuddin Akil dalam merancang lebih serangan dan hasilnya pada minit 71 gerakan cantik Kipre berjaya melorongkan bola ke arah Fayadh dan pemain dari Baling ini berjaya menjaringkan gol penyamaan.

    Tidak sampai 10 minit , pasukan KL City FC sekali lagi berada di hadapan dengan jaringan dari sepakan penjuru oleh pemain peertahanan mereka, GianCarlo di minit 79.Selepas jaringan tersebut ,pasukan pelawat cuba menurunkan intensiti dan cuba untuk lebih bertahan dengan kelebihan namun di masa tambahan, kesilapan pemain pertahanan mereka telah menghadiahkan sepakan penalti selepas mengasari pemain KDA FC , Rozaimi Rahman di dalam kotak penalti.Penyerang KDA FC,Kipre mudah untuk meletakkan gol di dalam gawang KL City FC dan memberi gol penyamaan kepada pasukan tuan rumah.

    Selepas jaringan tersebut KL City FC hampir saja sekali lagi meletakkan pasukan mereka di hadapan selepas gerakan solo Indra Putra hampir saja menjaringkan gol namun ketangkasan penjaga gol KDA FC, Sharil Shaari berjaya menangkis cubaan tersebut.Tinggal lagi seminit masa tambahan , Kipre Tchetche sekali lagi menghukum kelalaian pertahanan KL City dengan jaringan kemenangan dengan rembatan deras dari luar kotak D.



    Tamat masa perlawanan , pasukan KDA FC berjaya untuk mendapat 3 mata penting walaupun 2 kali ketinggalan namun semangat tidak putus asa ditampilkan oleh pasukan KDA FC wajar diberi pujian.Untuk pasukan KL City FC, kelalaian minit terakhir sebenarnya telah diambil peluang oleh pasukan KDA FC untuk mencuri 3 mata yang sepatutnya milik mereka jika mereka focus bertahan.

    

Comments