'Kuda Tua' musnahkan impian besar Selangor FC

Perlawanan malam tadi menyaksikan pasukan Selangor FC berkongsi mata dengan pasukan dari negeri bawah bayu , Sabah FC dengan keputusan semalam masing masing menjaringkan dua gol.



Pasukan Sabah FC semalam terlebih dahulu menghukum pasukan Selangor FC dengan jaringan dari lagenda mereka sendiri, Amri Yahyah dengan skill cut inside yang cantik dilakukan sebelum melakukan rembatan deras ke kiri gol.Jaringan tersebut merupakan jaringan pertama Amri Yahyah untuk musim ini di Liga Super 2021.

Selepas itu , asakan telah ditingkatkan oleh pasukan Selangor FC dan berjaya menjaringkan 2 gol dan kedua dua nya di separuh masa kedua oleh Ifedayo.Jika diikutkan , Ifedayo sepatutnya berjaya menjaringkan 4 gol namun 2 peluang tidak dapat disempurnakan oleh pemain ini.

Perlawanan yang tinggal beberapa minit terakhir dan dilihat seperti pasukan tuan rumah bakal memperoleh 3 mata namun seorang lagi pemain veteran pasukan Sabah , Bobby Gonzales memusnahkan impian Selangor melalui jaringan dari sepakan penjuru.Walaupun pasukan Selangor FC terus meningkatan intensiti perlawanan namun masa yang singkat tidak mampu untuk dilakukan oleh pasukan tuan rumah mencari gol kemenangan.

Pada perlawanan ini telah memberikan satu lagi mata penting untuk pasukan Sabah selepas beraksi cemerlang dalam dua perlawanan sebelum ini.Kita dapat lihat aksi ditampilkan oleh pemain pemain veteran pasukan Sabah yang mampu menyerap stamina pemain muda pasukan Selangor FC.

Selain itu , Ifedayo pastinya agak kecewa dengan dua peluang yang beliau tidak mampu sempurnakan .Pastinya dengan dua jaringan tersebut mampu menghadiahkan pasukan Selangor FC 3 mata dan meletakkan beliau sebagai penjaring terbanyak musim ini .Namun ,aksi Shahrel Fikri yang masuk sebagai pemain ganti boleh dikatakan cemerlang selepas beberapa aksi beliau sebelum ini kurang konsisten.Mungkin selepas ini Shahrel Fikri dapat dimasukkan dalam kesebelasan utama bagi memberi lebih banyak kelebihan kepada pasukan Selangor FC dalam mencetak jaringan kerana kita semua tahu kemampuan yang dimiliki oleh Eky.

Comments