Liga Super 2021 Preview Minggu 6 : Johor Darul Ta'zim vs Melaka United FC

 



Untuk minggu ke 6 Liga Super 2021 , pasukan Juara Liga Super 2021 bakal beraksi menentang pasukan Melaka United FC di Stadium Sultan Ibrahim pada 2 April 2021.Perlawanan kali ini menyaksikan perlawanan pertama yang bakal ditonton oleh penyokong bola sepak selepas setahun perlawanan bola sepak dijalankan tanpa penonton akibat wabak Covid19 yang melanda negara.

Safiq Rahim ketika beraksi bersama Melaka United


    Perlawanan ini bakal menyaksikan Safiq Rahim akan bertemu dengan bekas majikan beliau pada musim lepas selepas berkelana selama 2 musim bersama Melaka United.Perlawanan ini juga merupakan perlawanan antara dua pasukan yang tidak mencatat sebarang kemenangan dalam 2 perlawanan terakhir .

 Insiden Natxo Insa menolak Pengadil

    Untuk pasukan JDT , mereka bakal kehilangan tonggak tengah pasukan, Natxo Insa yang telah digantung oleh Persatuan Bola Sepak Negara ( FAM ) akibat kekasaran terhadap pengadil oleh pemain tersebut tempoh hari ketika perlawanan menentang Perak FC di Stadium Ipoh.Namun begitu , bagi jurulatih pasukan JDT , Benjamin Mora , ia bukanlah isu besar kerana dalam skuad 'depth' JDT sendiri terdapat beberapa nama bintang yang boleh mengisi kekosongan Natxo.Antara nama mungkin mengambil tempat Natxo ialah Hariss Harun , Safiq Rahim , Gary Steven ( JDT 2 ) atau Nadzmi Faiz.

    Manakala bagi pasukan Melaka United , mereka bakal kehilangan 3 pemain tonggak mereka , S. Kumaahran , Che Rashid dan Hasbullah Abu Bakar ekoran persetujuan pinjaman yang dipersetuju oleh kedua dua belah pihak.Mungkin jurulatih MUFC , Zainal Abidin perlu memikirkan plan baru bagi mengisi 3 kekosongan sekali gus yang terutamanya kekosongan ditinggalkan oleh S Kumaahran yang beraksi cemerlang pada 5 perlawanan terakhir dengan turut menyumbangkan 2 gol .


     Bagi peminat pasukan JDT yang bakal menjadi penonton pada perlawanan ini , ianya pasti menjadi memori indah buat mereka kerana menjadi antara yang terawal menonton perlawanan di stadium dengan SOP ketat yang bakal dikenakan ketika hadir menonton perlawanan.Perlawanan ini juga pastinya menjadi titik mula kemeriahan semula Liga Super bersama penonton di stadium.

Predict : JDT 3 Melaka United 0

Comments