Antara perlawanan yang bakal berlangsung pada minggu ke , perlawanan diantara KDA FC dan Sri Pahang FC antara perlawanan besar yang bakal berlangsung.Pada perlawanan kali ini bakal berlangsung di stadium keramat pasukan KDA FC ,Stadium Darul Aman dan masih tanpa penonton kerana hanya 2 perlawanan sahaja yang dibenarkan mempunyai penonton ( JDT vs Melaka United dan KL City FC vs Sabah FC ).
Untuk perlawanan kali ini , diatas kertas pastinya memihak kepada pasukan KDA FC setelah menampilkan aksi yang memberangsangkan dalam 5 perlawanan terakhir.Pasukan KDA FC telah mencatat 3 kemenangan , 1 seri dan sekali sahaja tewas ( pada perlawanan Piala Sumbangsih 2021 ketika bertemu JDT ).
Bagi pasukan Sri Pahang FC , pasukan mereka memulakan musim ini dengan langkah kiri walaupun membawa status pasukan elit untuk musim 2021.Untuk 5 perlawanan terakhir , pasukan Sri Pahang hanya mencatat satu kemenangan sahaja , satu kali seri dan 3 kali tewas .Pasukan Sri Pahang juga agak kurang sengat dalam menjaringkan gol kerana mereka hanya menjaringkan 3 gol sahaja dalam 5 perlawanan.
Selain itu , ini adalah perlawanan ke 4 di bawah kendalian semula jurulatih pasukan Sri Pahang ,Dollah Salleh,dimana sebelum ini beliau ditugaskan hanya sebagai pengurus ( untuk perlawanan pertama dan kedua ). Setelah mengambil 3 perlawanan terakhir , pemain dilihat seperti nampak lebih bersemangat di bawah kendalian Dollah Salleh berbanding Thomas Dooley yang telah 'direhatkan' oleh pengurusan Sri Pahang FC .
Bagi jurulatih pasukan KDA FC , perlawanan ditempat sendiri pastinya tidak harus dipersia siakan dalam merebut 3 mata penting dalam mengejar pendahulu liga JDT .Selain aksi cemerlang dari anak buah beliau , jurulatih KDA FC pasti ingin beberapa tonggak utama pasukan KDA FC mampu kekal cergas dalam setiap perlawanan.Untuk perlawanan kali ini , dikatakan pertahanan import KDA FC , Renan Alves , bakal membarisi semula kesebelasan utama selepas terlepas kesemua perlawanan Liga Super 2021 musim ini.Selain Renan , Arif Farhan juga dikatakan bakal kembali yang turut cedera pada perlawanan persahabatan sebelum ini.
Untuk jurulatih Sri Pahang FC pula , mungkin masalah sengat penyerang import mereka yang mungkin jadi isu yang perlu difokuskan.Hal ini kerana 3 gol yang dijaringkan oleh pasukan Sri Pahang , hanya 1 gol sahaja dijaringkan oleh penyerang dan dua gol lagi oleh pemain tengah pasukan.Bagi Pedro Henrique dan Yevhen Bokhashvili , aksi mereka pasti bakal dipantau sehingga Jun ini dan jika prestasi mereka masih seperti sekarang , tidak mustahil mereka berdua perlu mengangkat beg meninggalkan pasukan Sri Pahang FC .
Predict : KDA FC 3 Sri Pahang FC 1

_1608530189.jpg)



Comments
Post a Comment