Pada perlawanan ke 10 minggu ini , pasukan Selangor FC akan melayan kunjungan pasukan dari negeri bawah bayu , Sabah FC di stadium MBPJ .Selangor FC pastinya ingin terus membawa momentum kemenangan ke atas pasukan Melaka United pada minggu lepas dalam perlawanan ini.
Untuk pasukan Selangor FC , pastinya mereka akan terus impak penyerang import ,Ifedayo ,mereka untuk terus menjadi wira pasukan dengan menjaringkan gol untuk pasukan.Ifedayo kini telah mencatat 7 jaringan , 5 jaringan terhasil dari dua perlawanan terakhir.
Selangor FC juga pastinya akan terus menggunakan ramai khidmat pemain muda seperti Mukhairi Ajmal , Danial Asri , Aliff Haiqal dan Sharul Nazeem .Kita dapat lihat ramai pemain muda pasukan Selangor FC telah membuktikan keupayaan mereka dalam membantu pasukan dan pastinya ia menguntungkan pasukan Selangor FC dengan menggunakan khidmat pemain muda dan dapat memberi pengalaman penting untuk mereka.
Bagi pasukan Sabah FC , aksi yang ditampilkan oleh pemain2 import mereka begitu cemerlang sejak beberapa perlawanan terakhir ini terutama dari pemain Indonesia , Saddil Ramdani yang telah membantu pasukan memperoleh kemenangan ketika menentang pasukan UiTM FC pada minggu lalu.Agak hairan sebenarnya kenapa pasukan Sri Pahang FC melepaskan pemain sehebat ini sebelum ini kerana aksi yang ditampilkan oleh Saddil ketika di Sri Pahang FC dahulu sama seperti ini.
Selain itu , taktikal oleh jurulatih Sabah FC , Kurniawan telah berubah dan nampak begitu tersusun terutamanya ketika menyerang.Kurniawan juga berjaya menggunakan kesemua pemain dengan rotasi selain menggunakan khidmat Wak Am ( Amri Yahyah ) dalam merencana serangan di babak akhir perlawanan.Ternyata sengat Wak Am mungkin bakal menghantui bekas pasukannya pada malam perlawanan nanti.



Comments
Post a Comment