Match Preview : Kedah Darul Aman FC vs KL City FC

 Untuk perlawanan minggu ke 10,pasukan dari utara,KDA FC bakal menerima kunjungan dari pasukan lembah klang, KL City FC .Untuk perlawanan kali ini pastinya menjadi tumpuan kepada pasukan KDA FC selepas tidak mencatat sebarang kemenangan dalam 2 perlawanan terakhir dan agak tercicir untuk mengejar penduhulu liga super , Johor Darul Ta'zim.


Bagi pasukan KDA FC ,  mereka bakal kehilangan tonggak penyerang utama , Kpah Sherman selepas mengumpul tiga kad kuning dan menyebabkan pergantungan satu perlawanan.Mereka sebelum ini telah kehilangan beberapa tonggak lain seperti Rizal Ghazali , Syazwan Zainon dan Syazwan Tajudin disebabkan cederaan.Pastinya untuk perlawanan menentang KL City FC , Kipre Tchetche bakal menjadi tonggak utama dan mungkin bergandingan dengan penyerang tempatan seperti Rozaimi Rahman atau Aiman Afif.

Walaubagaimanapun ,dikatakan tonggak import mereka , Renan Alves bakal kembali dalam kesebelasan utama selepas pulih dari kecederaan yang melanda sejak awal musim lagi.Renan sebelum ini merupakan pemain tonggak utama untuk 2 musim terakhir KDA FC dan untuk musim ini beliau belum melakukan sebarang penampilan.Beliau pastinya bakal bergandingan dengan Rodney Celvin yang kembali dalam kesebelasan utama selepas pergantungan satu perlawanan ( kad merah ketika menentang Terengganu FC ).

Untuk pasukan KL City FC , mereka bakal mendapat kembali suntikan sengat penyerang import mereka , Dominique Da Sylva selepas pemain itu dilanda kecederaan ketika latihan.Beliau tidak dapat diturunkan ketika tewas menentang Terengganu FC tempoh hari di Stadium Mizan.Bekas penyerang berbisa Terengganu FC ini pastinya diingati oleh penyokong KDA FC kerana pernah mengecewakan pasukan KDA FC pada musim lepas dengan menjaringkan 4 gol untuk menewaskan pasukan KDA FC dilaman sendiri.



Selain itu , corak matang taktikal yang digunakan oleh jurulatih KL City FC pastinya menjadi taruhan utama pasukan mereka kerana kita dapat lihat pasukan dari lembah klang ini kerap melakukan permainan yang cantik walaupun tidak bernasib baik kerap tewas.Gandingan pemain import berkualiti seperti Dominique da Sylva ,Paulo Josue dan Romel Morales bersama sama beberapa pemain berpengalaman pasukan KL City FC pastinya menjadikan pasukan mereka mampu mencipta kejutan di Darulaman nanti.

Ramalan team SerabutPerut : KDA FC ( 2 ) KL City FC ( 1 )

Comments