Perak FC bertambah suram di Lembah Klang

 


Untuk minggu ini ,berita mengenai pasukan Perak FC banyak memenuhi akhbar dan media massa terutama di sosial media .Peminat bola sepak tanah air pastinya sudah mengetahui masalah yang dihadapi oleh pasukan dari utara ini iaitu tunggakan gaji pemain dan kakitangan pasukan Perak FC.

    

    Kesedihan ini bukan sedikit kerana tunggakan yang dialami oleh pemain dan kakitangan Perak FC telah menjangkau 2 bulan.Sukar untuk pemain dan kakitangan Perak FC jika keadaan ini masih tiada penyelesaian dari pihak pengurusan.

    Hangat dengan kisah gaji , ditambah lagi dengan kesedihan terbaru melihat aksi terbaru pasukan Perak FC yang tewas kepada pasukan dari lembah klang , Selangor FC .Kita dapat lihat kesungguhan pemain Perak FC dalam perlawanan tersebut walaupun dilanda masalah gaji.

   Pada perlawanan yang berkesudahan Selangor tiga , Perak satu itu , menyaksikan pasukan Perak FC bermula dengan perlahan dan kurang 'panas'.Kesempatan itu telah diambil oleh pasukan Selangor FC dengan menjaringkan 2 gol pada separuh masa pertama termasuk satu jaringan dari sepakan penalti selepas Leandro mengasari pemain Selangor dari belakang.
      
    Pada separuh masa kedua , Pasukan Perak bermula garang dan deretan cubaan berjaya dilakukan namun penyudah yang agak tumpul menyebabkan kebanyakan tersasar dari pintu gol.Luka pasukan Perak FC ditambah lagi apabila penyerang terbaik Selangor FC berjaya mencipta hatrik dengan menjaringkan gol ketika di pertengahan separuh masa kedua.
    
    Dipenghujung perlawanan , Perak FC berjaya mendapatkan jaringan saguhati dari pemain gantian , Muhammad Farid Khazali pada minit kecederaan.Kekalahan pasukan Perak FC telah meletakkan pasukan berada di tangga ke lapan di dalam Liga Super 2021.



    Diharapkan pengurusan Pasukan Perak FC mampu menyelesaikan isu gaji pemain bagi menaikkan semula moral pemain selepas isu tunggakan dan tewas 4 kali dalam 8 perlawanan liga super.Peminat bola sepak Perak FC pastinya mengharapkan berita baik dari pengurusan bagi melihat pasukan kesayangan mereka beraksi cemerlang kembali bagi terus bersaing seperti musim musim sebelum ini.

Comments