Rahadiazli Rahalim : Pencabar Baru Jersi No 1 Harimau Malaya

    

Pada panggilan kem latihan skuad kebangsaan baru baru ini , banyak muka baru yang dipanggil dalam kem.Antara muka baru yang dipanggil adalah Rahadiazli Rahalim ,penjaga gol utama pasukan Terengganu FC.

    Penjaga gol berusia 19 tahun ini telah mempamerkan aksi yang cemerlang sejak musim 2020 dan disambung dengan aksi yang cemerlang pada musim 2021.Beliau telah membantu pasukan dari pantai timur untuk berada di kedudukan ke 2 dalam Liga Super 2021( setakat 5 perlawanan ).



    Panggilan ke kem skuad kebangsaan kali ini merupakan panggilan pertama untuk Rahadiazli .Walaupun kem kali ini tiada sebarang perlawanan antarabangsa , mungkin dari kem ini , jurulatih negara Tan Cheng Hoe dapat melihat dengan lebih dekat aksi yang dipamerkan oleh pemain muda ini.

    Melihat dari aksi di pasukan Terengganu FC , mungkin beliau mempunyai peluang cerah untuk merampas jersi no 1 dari Farizal Marlias kerana aksi cemerlang beliau.Mungkin dari segi pengalaman , pemain berusia 19 ini kurang berpengalaman terutama di pentas antarabangsa.



    Namun begitu , melihat dari susuk tubuh beliau yang tegap dan mempunyai ketinggian 191 cm , Rahadiazli pastinya bakal menampilkan sisi yang berbeza untuk pasukan Harimau Malaya dalam pentas antarabangsa.Mungkin dalam 3 perlawanan saingan akan datang , beliau dapat diberi peluang untuk membuat penampilan pertama dalam skuad kebangsaan.


Biodata Pemain

Nama Penuh    :  Muhammad Rahadiazli Bin Rahilim

Umur                : 19 Tahun

Kelab                : Terengganu FC

Tinggi               : 191 cm


Comments