Rodney dan Renan bakal bergandingan bertemu KL City FC ??

 Pada 23hb 4 2021 nanti , pasukan KDA FC bakal melayan kunjungan pasukan dari Lembah Klang ,KL City FC dalam perlawanan Liga Super 2021 , perlawanan minggu ke 10 .Bermain di laman sendiri pastinya memberi banyak kelebihan kepada pasukan tuan rumah terutamanya kebenaran penyokong untuk hadir ke stadium bagi memberi sokongan kepada pasukan KDA FC.



Selain kelebihan di tempat sendiri , pasukan KDA FC dikatakan bakal menurunkan gandingan pertahanan terbaik mereka milik dalam mengekang serangan pasukan KL City FC iaitu Renan Alves dan Rodney bagi mengemudi tembok tengah pasukan KDA FC.



Bagi pemain import pasukan KDA FC , Renan Alves ,beliau merupakan antara tonggak penting pasukan KDA FC untuk 2 musim sebelum ini sebelum dilanda kecederaan diawal musim dan masih belum untuk melakukan sebarang penampilan bagi musim ini.Tempat beliau telah diisi oleh Amirul Hisham sejak dari perlawanan pertama lagi.Team SP merasakan telah Amirul telah memainkan peranan beliau sebagai pertahanan tengah dengan baik sekali walaupun posisi asal beliau ialah pemain tengah.

Renan yang sebelum ini turut tidak beraksi di perlawanan pembukaan Liga Super / Piala Sumbangsih pastinya amat diperlukan dalam skuad KDA FC kerana beberapa perlawanan terakhir pasukan KDA FC kerap bolos terutama di babak separuh masa pertama .



Seorang lagi pemain tengah pasukan KDA FC, Rodney Celvin,beliau telah menjadi nadi utama pertahanan pasukan KDA FC sejak dari perlawanan pertama.Beliau telah memainkan peranan yang ditinggalkan oleh Renan sebelum ini selain kental menangkis serangan pihak lawan.Pada perlawanan ketika menentang pasukan Perak FC minggu lepas ,beliau tidak dapat beraksi selepas digantung perlawanan selepas dilayangkan kad merah pada perlawanan menentang Terengganu FC.

Dengan kemasukan dua tonggak penting pertahanan pasukan KDA FC ,pastinya kubu tengah pasukan KDA FC boleh dikatakan terbaik untuk musim ini jika prestasi Renan Alves kekal seperti dua musim sebelum ini.Selain itu,dikhabarkan pemain pertahanan kiri pasukan KDA FC , Rizal Ghazali turut dikatakan telah pulih dari kecederaan dan mungkin diturunkan bagi membantu pasukan.

Comments