Posisi paling menjadi perhatian di kalangan peminat bola sepak Malaysia iaitu pemilik jersi nombor satu , penjaga gawang gol negara. Posisi yang boleh dikatakan keramat kerana kerap menjadi buah mulut peminat bola sepak khususnya kerana jika cemerlang pastinya bakal diangkat dan disebut dan jika kerap bolos dan tidak konsisten , penjaga gollah tempat untuk penyokong menyembur kata kata kekecewaan.Berikut adalah 5 calon untuk mengisi slot nombor satu negara mengikut perkembangan semasa mereka di kelab masing masing.
1. Farizal Marlias
Penjaga gol utama pasukan Johor Darul Ta'zim telah membuat 8 penampilan untuk pasukan dan telah mencatat 5 kali clean sheet untuk musim 2021.Beraksi dengan pasukan Juara 7 kali Liga Super ini pastinya memberi beliau kelebihan dari segi pengalaman untuk beraksi di peringkat lebih tinggi.Team SP berpendapatan pengalaman beliau beraksi di pentas Asia untuk pasukan JDT pastinya memberi kelebihan pada pemain ini berbanding penjaga gol yang lain.
2.Khairulazhan Khalid
Penjaga gol utama pasukan Selangor FC ini telah membuat 2 clean sheet untuk musim ini.Menjadi tonggak utama pasukan Selangor untuk beberapa musim kebelakangan ini dan menampilkan aksi yang cemerlang ketika bersama pasukan Selangor FC untuk musim ini.Hasil kajian team SP , beliau turut disebut oleh peminat bola sepak tempatan yang beliau lebih layak memakai jersi nombor 1 bagi menggantikan Farizal Marlias.
3.Hafizul Hakim
Aksi cemerlang dalam membantu pasukan Perak FC untuk musim ini dikatakan 'Hafizul Lama' telah kembali.Pada musim lepas beliau agak kurang konsisten dan kerap melakukan kesilapan dan posisi beliau kerap ditukar dengan penjaga gol kedua Perak FC.Namun untuk musim ini , beliau telah menampilkan aksi yang tangkas dan cemerlang terutama ketika beraksi menentang JDT dimana beliau telah membantu pasukan Perak FC dari tewas .
4.Samuel Somerville
Penjaga gol utama pasukan Penang FC ini telah menjadi penjaga gol terbaik pada musim 2020 ketika beraksi di Liga Premier.Untuk musim 2021 , aksi cemerlang beliau diteruskan dengan 3 cleansheet beliau berjaya lakukan dan membantu pasukan Penang FC berada di kedudukan 4 teratas.Namun beberapa minggu lalu beliau telah dihimpit kecederaan namun tidaklah begitu serius dan beliau juga telah dipanggil untuk mendapatkan vaksin ( senarai panjang skuad kebangsaan ) dan berkemungkinan besar dipanggil untuk pasukan kebangsaan.
5.Kalamullah Al Hafiz
Antara nama baru yang disebut untuk dipanggil bagi mewakili barisan penjaga gol skuad kebangsaan selepas penjaga gol utama Terengganu FC , Muhammad Rahadiazli dilanda kecederaan ( ACL ) dan mungkin akan berehat selama satu musim.Kalamullah telah beraksi untuk pasukan PJ City selama 3 msuim dan telah mendapat tempat semenjak ketibaan beliau di kelab ini.Untuk musim ini , beliau telah beraksi dengan cemerlang dengan membantu pasukan beliau dengan mencatat 4 clean sheet dalam 9 perlawanan walaupun pasukan beliau tidak menggunakan khidmat pemain import.4
Rumusan Team SP , boleh dikatakan ramai lagi calon yang mungkin dapat merebut posisi keramat pasukan Harimau Malaya namun prestasi semasa perlu dijadikan rujukan kerana mungkin jika kurang minit perlawanan , prestasi semasa pemain mungkin menurun dan tidak menampilkan aksi yang konsisten.Apa2 pun semua ini hanyalah ramalan






Comments
Post a Comment