Sri Pahang Hilang Tembok dan Mora 'pening' Antara Aiman dan Safawi

 Review Perlawanan Sri Pahang vs JDT ( 16 April 2021 )



Menjelang perlawanan antara Sri Pahang FC dan Johor Darul Ta'zim malam ini , disini team SP akan mengupas beberapa berita menjelang perlawanan.

1. Pergantungan Herould Goulon

    Kita semua sedia maklum yang pasukan Sri Pahang bakal kehilangan kapten pasukan mereka , Herould Goulon untuk dua perlawanan.Untuk perlawanan menentang JDT ,beliau masih lagi dalam tempoh pergantungan selepas menerima kad merah ketika bertemu pasukan Kedah Darul Aman FC tempoh hari.

    Namun begitu , pemain pertahanan Sri Pahang FC , Muslim Ahmad ,bakal kembali selepas turut mengalami pergantungan pada perlawanan lepas.Mungkin Dollah Salleh perlu merancang sesuatu bagi menguatkan jentera pertahanan pasukan kerana bakal menghadapi serangan hebat dari pasukan JDT yang mempunyai 'attack force' antara yang terkuat di Liga Super musim ini.

2.Safawi atau Aiman



    Untuk beberapa hari ini di fb Johor Southern Tiger , kita dapat lihat Safawi Rasid telah kembali menyertai skuad utama menjalani latihan bersama.Mungkin kecederaan yang dialami oleh pemain terbaik Malaysia ini telah pulih sepenuhnya.Dengan kembalinya Safawi dalam pasukan JDT , pastinya menyukarkan jurulatih pasukan JDT , Benjamin Mora untuk memilih siapakah yang bakal bergandingan bersama Cabrera selepas aksi Aiman Arif cemerlang dalam beberapa perlawanan sebelum ini.Selain Aiman dan Safawi , JDT turut memiliki Sumareh , Ramadhan dan Akhyar yang boleh diturunkan di kedua dua posisi sayap.

3.Kudrat Maestro Azam ditagih



    Prestasi pasukan Sri Pahang FC kita dapat lihat agak merudum untuk musim ini setelah hanya mencatat hanya satu kemenangan dan lima kali kekalahan .Namun begitu , kita dapat lihat aksi yang ditampilkan oleh pemain kebangsaan , Nor Azam Azih begitu cemerlang dalam membantu pasukan Sri Pahang FC untuk musim ini.Aksi cemerlang beliau untuk musim ini telah melenyapkan kehebatan pemain import dalam pasukan Sri Pahang FC seperti Lee Tuck misalnya.Namun begitu , sukar untuk pasukan Sri Pahang FC jika bergantung harap terus kepada Azam Azih seorang sahaja.

4.Bergson mesin gol


    Penyerang import baru pasukan JDT ,Bergson da Silva , mungkin menjadi ancaman utama pasukan Sri Pahang FC malam ini kerana aksi cemerlang beliau dalam beberapa perlawanan sebelum ini.Untuk rekod, beliau telah menjaringkan 8 gol dalam hanya 6 penampilan sahaja untuk pasukan JDT.Beliau juga telah menjaringkan 2 gol untuk setiap perlawanan dalam 3 perlawanan terakhir.Kita dapat lihat aksi beliau sebelum ini dimana keupayaan beliau menjaringkan gol dengan menggunakan kedua dua kaki beliau selain keupayaan beliau menghidu peluang dari visi taktikal yang digunakan JDT.Mungkin jika beliau terus menjaringkan gol lagi perlawanan ini , memang sangat wajar untuk pasukan JDT mengambil pemain ini sebagai pemain tetap kerana beliau sekarang masih lagi dalam status pemain pinjaman yang akan tamat pada bulan hadapan.


Comments